Filem Nasi Lemak 2.0 arahan Namewee tak layak bertanding di majlis Anugerah Blockbuster 2011.

Ketua Pegawai Eksekutif Persatuan Penerbit Filem Malaysia, Panchacharam A/L Nalliah atau lebih dikenali sebagai Pancha berkata demikian sewaktu menjawab soalan media di sidang media pengumuman majlis anugerah tersebut Jumaat lalu.

Antara alasan yang diberikan termasuk filem yang dibintangi oleh Namewee, Adibah Noor, Afdlin Shauki, Dennis Lau dan Datuk David Arumugam merupakan sebuah filem Cina dan tidak menggunakan bahasa Melayu sebagai medium.

Filem Nasi Lemak 2.0

Dianjurkan oleh Persatuan Penerbit Filem Malaysia (PFM), Anugerah Blockbuster 2011 bermatlamat untuk mempopularkan produk filem tempatan kepada peminat filem tanahair dengan penglibatan penonton dalam industri perfileman tempatan.

Peminat filem tanahair boleh mengundi filem-filem dan bintang-bintang kegemaran mereka menerusi undian secara online dan khidmat pesanan ringkas (SMS).

Terdapat 42 buah filem yang telah diterbitkan mulai 1 Januari hingga 31 Disember 2011 layak untuk menyertai bagi merebut 14 anugerah antaranya Filem Popular, Pengarah Popular, Pengarah Baru Popular, Hero Popular, Heroin Popular dan banyak lagi.

Antara filem yang layak bertanding termasuk Khurafat, Hikayat Merong Mahawangsa, Kongsi, Hantu Bonceng, Nur Kasih The Movie, KL Gangster, Ombak Rindu, Songlap dan banyak lagi.

PFM bakal menganjurkan majlis Anugerah Blockbuster 2011 dengan kerjasama Astro RIA dan Radio ERA selaku penyiar rasmi.

Anugerah Blockbuster 2011 bakal diadakan pada 6 Oktober 2012 pada pukul 8 malam bertempat di Stadium Malawati, Shah Alam.

0 ulasan:

Catat Ulasan

 
DISCLAIMER: BUZZERA TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP SEBARANG KEROSAKAN YANG DI ALAMI PENGGUNA KERANA MENGGUNAKAN MAKLUMAT DALAM LAMAN WEB INI.

Buzzera - Berita Hiburan Malaysia © 2015. All Rights Reserved. Powered by Blogger
Top