55% Adegan Filem Balistik Gunakan Senjata

Rosyam Nor mempertaruhkan filem aksi terbaru terbitan syarikat produksinya, Suhan Movies & Trading dengan kerjasama Asia Tropical Films Sdn Bhd (ATF) bertajuk Balistik yang lebih menonjolkan babak pergaduhan yang menggunakan senjata.

Filem Balistik dilakonkan oleh Adi Putra, Rita Rudaini, Rosyam Nor, Jack Lim, Jeff dan Gan Mei Yan.

“Tak seperti filem aksi yang lain yang lebih banyak babak pergaduhan secara fizikal, filem ini 55% menggunakan senjata,” kata Rosyam.

Rosyam Nor menyatakan dia agak fobia untuk menerbitkan filem. Namun, dia mempunyai matlamat sebagai seorang penerbit.

“Saya dah tak mahu menerbitkan filem cinta. Tambahan pula, akhir-akhir ini penonton gemar menonton filem aksi,” kata Rosyam.

Diarahkan oleh Silver, filem ini mengenai Saga (Rosyam Nor) seorang pembunuhan upahan dan juga suami kepada Salina (Rita Rudaini). Mereka dikurniakan seorang anak lelaki, Rykarl (Rykarl Iskandar). Kegiatan aktif Saga sebagai pembunuh mamaksa dia untuk berpisah dengan Salina. Namun, anaknya dibawa bersama.

Setelah sekian lama, Salina kembali muncul dalam hidup Rykarl dan Saga. Namun, pada ketika itu Salina telah berkahwin dengan Nizam (Ady Putra).

Walaupun filem ini mempamerkan sebuah plot cerita, aksi dan kemelut dunia gangsterism, namun masih ada elemen cinta dan kasih sayang.

0 ulasan:

Catat Ulasan

 
DISCLAIMER: BUZZERA TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP SEBARANG KEROSAKAN YANG DI ALAMI PENGGUNA KERANA MENGGUNAKAN MAKLUMAT DALAM LAMAN WEB INI.

Buzzera - Berita Hiburan Malaysia © 2015. All Rights Reserved. Powered by Blogger
Top