Sepanjang proses perbicaraan, Alyah yang berasal dari Johor Bahru tidak hadir ke mahkamah kerana terlalu sibuk dengan kerjaya seninya. Namun Alyah akur dengan keputusan Mahkamah yang menjatuhkan hukuman penjara tujuh tahun ke atas adiknya, Mohd Faizal Abu Hassan, 29, tetapi enggan mengulas lanjut kerana ia terlalu peribadi.
Alyah menjelaskan, kes adiknya itu tidak ada kaitan dengan kerjaya seni, sebaliknya hanya masalah peribadi keluarga. Penyanyi itu sebaliknya memohon semua pihak termasuk peminat menghormati perasaannya ketika ini. Melalui pengurusnya, Shuib, penyanyi itu memberitahu tiada apa yang perlu diulas kerana hukuman sudah dijatuhkan terhadap Mohd Faizal. Alyah juga mengakui dia tidak mempunyai kuasa untuk menghalang proses undang-undang, sebaliknya akur dengan keputusan mahkamah.
“Saya minta maaf bagi pihak Alyah. Dia memohon semua pihak memahami situasi dihadapi,” kata Shuib.
Bagaimanapun, Shuib berkata, Alyah dijangka pulang ke kampung halaman menjelang Ramadan, minggu depan untuk meluangkan waktu bersama keluarga selama tiga hari.
Mohd Faizal didakwa menyamun Rohana Jamal, 30, dengan merampas beg tangannya di depan Masjid Taman Tampoi Indah, dekat sini, kira-kira jam 1.15 petang pada 23 Januari lalu.
Tertuduh yang sudah bercerai dan mempunyai seorang anak perempuan berusia tiga tahun didakwa mengikut Seksyen 392 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum 14 tahun dan denda atau sebatan, jika sabit kesalahan.
penyamun ? mesti alyah malu dgn perbuatan adiknya yg x patut langsung !!!!
BalasPadamkesian kak alyah,x pasal2 namenye yg naik.....sabar ye kak....
BalasPadam