“Sebelum ini saya pernah melakonkan watak bunian dalam Momok the Movie. Watak bunian tersebut hanya ada beberapa adegan. Jadi saya sangat teruja untuk memulakan penggambaran filem Gangster Celop kerana ini merupakan filem pertama saya memegang watak utama,” kata Hanis.
Hanis Zalikha takut terkenal
“Saya takut untuk menjadi terkenal,” kata pendatang baru, Hanis Zalikha yang juga seorang blogger terkenal.
Hanis menyatakan dia lebih risau keselamatan dan privasi keluarganya setelah dia menjadi perhatian masyarakat.
“Saya tak risau diri sendiri sebab saya tahu jaga diri. Kalau saya buat silap, saya tanggung sendiri. Tapi saya risau privasi keluarga saya terganggu sebab mereka tak minta untuk jadi perhatian,” kata Hanis ketika ditemui di majlis pelancaran filem Gangster Celop di Finas baru-baru ini.
Hanis Zalikha lebih dikenali melalui penulisannya dalam blog peribadinya (http://inibelogsaya.blogspot.com/).
Selain berlakon dan ‘blogging’, Hanis juga merupakan seorang pengacara untuk program terbaru TV9, Mad Market yang akan ditayangkan pada September 2012.
Hanis tidak mahu masyarakat melabelkan dirinya sebagai seorang blogger ataupun pelakon.
“Saya ingin dikenali sebagai Hanis Zalikha. Bukan sebagai blogger semata-mata tapi juga sebagai pelakon, pengacara dan apa jua bidang yang saya ceburi,” tambahnya.
0 ulasan:
Catat Ulasan