Kumpulan 6ixth Sense mengangkat tema kemanusiaan dan kerohanian dalam album terbaru mereka berjudul 'Tentang Kita' sempena bulan suci, Ramadan.
Berhasrat menumpukan kepada elemen kemanusiaan dan ketuhanan, vokalisnya, Adi berkata, lagu-lagu yang terdapat dalam album tersebut berkait rapat dengan perkara yang berlaku dalam kehidupan seharian.
“Sebelum ini kami ada juga menonjolkan lagu kemanusiaan dan juga kecintaan kepada Tuhan. Namun, album kali ini kesemua lagu dibuat mengangkat nilai kemanusiaan dan kerohanian. Pelancaran album juga mengambil keberkatan Ramadan tahun ini,” katanya.
Single terbaru kumpulan ini berjudul 'Altar Cinta' ciptaan sepenuhnya oleh Adi telah diperdengarkan di semua stesen radio utama sejak 18 Julai lalu.
Terdapat enam lagu yang terkandung dalam album ini yang menggabungkan hasil tenaga kerja profesional. Antara lagu yang dimuatkan adalah lagu diberi nafas baru yang pernah dipopularkan kumpulan nasyid tempatan iaitu 'Damai Yang Hilang' oleh Nowseeheart dan 'Rasulullah' oleh Hijjaz, selain tiga lagu lain iaitu 'Ayah Dan Ibu', 'Cintaku Padamu Seluas Angkasa (Selawat)', 'Penerang Hati' dan 'Altar Cinta'.
0 ulasan:
Catat Ulasan