Raja Azmi menjelaskan dia dan Jalani sudah memilih untuk tidak lagi bersama semenjak Februari 2012 lalu selepas berlakunya pertelingkahan kecil dan bukannya kerana sebab orang ketiga mahupun anak ikan seperti didakwa media lain.
Keluarga Raja Azmi - Jalani Sidek |
"Lafaz cerai telah berlaku sekitar Februari kerana ada sedikit perbalahan dan selepas daripada itu kami tidak lagi bersama. Jadi kisah anak ikan mahupun orang ketiga datang kemudian dan itu bukan penyebab utama kami bercerai.
"Saya dan dia memilih jalan sebegini kerana mahu selesaikan perkara ini secara baik. Bila dia dituduh dayus, saya pula jadi tidak senang duduk dan rasa bersalah. Ini adalah jalan terbaik dan lebih menenangkan jiwa kami.
"Kami tidak perlu bermusuh, malah walaupun tidak lagi bergelar suami isteri saya tetap menganggap Jailani sebagai teman baik saya," ujarnya mengenai kisah penceraiannya yang digembar gemburkan.
Raja Azmi juga menegaskan bahawa 'anak ikan' itu hanya sekadar talent barunya untuk filem terbaru Anak Ikan yang bakal memulakan penggambaran pada hujung tahun ini.
"Saya bukan ada satu tapi tiga 'anak ikan' yang sedang rapat dengan saya kerana salah seorang daripada mereka ini bakal menjadi hero untuk filem Anak Ikan.
"Demi Allah saya tiada sebarang hubungan istimewa dengan salah seorang daripada mereka ini dan tolong jangan kaitkan perkara ini dengan kisah perceraian saya,"ujarnya lagi.
Produser filem yang berusia 53 tahun ini juga tidak mahu menuding jari kepada sesiapa kerana baginya penceraian adalah jalan yang terbaik.
"Perasaan kasih sayang di antara kami bukan seperti dahulu lagi, bahkan sudah pudar. Saya juga sekarang lebih utamakan kerjaya dan bidang seni. Cinta dan kasih sayang dah jadi soal kedua.
"Selepas dilepaskan untuk beberapa ketika saya rasa diawang-awangan. Tidak dapat menafsir perasaan sebenar yang saya rasa. Gembira, sedih, lemah, lega namun kosong. Perasaan yang tidak pernah saya rasa sebelum ini tetapi saya terima ini adalah sebagai ketentuan daripadaNya,"tambahya lagi.
0 ulasan:
Catat Ulasan