Penyanyi dan pakar motivasi, Datuk Fazley Yaacob merancang menghasilkan sebuah buku resipi yang turut memuatkan tip motivasi bagi menjadikan naskhah itu lebih menarik.

Fazley mendedahkan, buku masakan itu turut memuatkan semua resipi yang dimasaknya sepanjang 13 minggu menyertai MasterChef Selebriti.

Datuk Fazley Yaacob dan isteri

"Ia bukan sahaja mengandungi resipi tetapi turut menyelitkan tip dan motivasi untuk suami isteri yang berkait rapat dengan makanan dan sebagainya," ujarnya.

Sementara itu, Fazley memberitahu dia akan muncul dalam dua program masakan terbitan Astro iaitu Chef Suprise dan Hello Bro yang akan ditayangkan selepas Hari Raya Aidilfitri nanti.

Fazley juga berkata, bersempena Ramadan, beliau akan menjadi chef jemputan di Hotel Cyberview Resort & Spa, Cyberjaya dan pengunjung berpeluang untuk menikmati menu yang dimasak semasa peringkat akhir MasterChef Selebriti di hotel berkenaan selama tiga bulan.

"Saya akan membuat penampilan khas di hotel berkenaan pada setiap Jumaat dan Sabtu sepanjang Ramadan untuk memasak sendiri selain beramah mesra dengan peminat," katanya.

0 ulasan:

Catat Ulasan

 
DISCLAIMER: BUZZERA TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP SEBARANG KEROSAKAN YANG DI ALAMI PENGGUNA KERANA MENGGUNAKAN MAKLUMAT DALAM LAMAN WEB INI.

Buzzera - Berita Hiburan Malaysia © 2015. All Rights Reserved. Powered by Blogger
Top