Sasha Saidin (penyanyi kumpulan Elite) dan suami, Salyo Priyanto telah sah bercerai talak satu . Perceraian berlaku secara baik dengan kebenaran mahkamah di Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur.

"Bahawa saya Salyo Priyanto dengan suci hati menceraikan isteri saya, Sasha Saidin dengan talak satu," ujar Salyo.

Sasha dan Salyo dilihat menitiskan air mata sejurus selepas lafaz cerai dilakukan.

Shasha walaubagaimanapun enggan mendedahkan punca berlakunya perceraian mereka setelah 5 tahun usia perkahwinan mereka.

"Sebagai seorang Islam tidak perlu saya membuka pekung tentang apa yang berlaku di antara kami tambahan pula kes ini sudah pun selesai. Apa yang boleh saya katakan, kami berdua telah mengambil pelbagai langkah seperti mendapatkan nasihat keluarga dan berusaha memperbaiki keadaan rumah tangga kami tetapi malangnya penceraian adalah yang terbaik buat kami berdua," ujarnya.

Atas alasan itu juga dia memohon kepada mahkamah untuk membenarkan dia memberikan sebab perceraian mereka menerusi nota bertulis kepada hakim tanpa perlu mendedahkannya di dalam mahkamah secara terbuka.

Shasha Elite bercerai

"Sejujurnya saya tidak tahu cara itu boleh digunakan dan bersyukur kerana hakim menerima nota itu tanpa perlu saya mendedahkan sebab dan punca mengapa saya memohon untuk bercerai," katanya lagi.

Sasha berkata, dia tidak pernah menyesali dengan apa yang terjadi dalam perkahwinannya kerana ia dibina berdasarkan kasih sayang dan tumpuannya kini diberikan kepada anak tunggal mereka iaitu, Adam Aryasenna Notosoemarsono, yang berusia tiga tahun.

Sasha menjelaskan dia akan memberikan tumpuan kepada kerjaya seninya selain mengikuti program-program keagamaan bersama ibunya.


---------------


Sasha memohon untuk menyerahkan satu nota kepada mahkamah kerana tidak mahu mendedahkan punca kemelut rumah tangga mereka secara terbuka ketika ditanya sebab memfailkan permohonan cerai itu.

"Kalau saya bagi nota pada Yang Arif, Yang Arif boleh baca kan?" tanya Sasha sebelum menyerahkan nota kepada mahkamah.

Selepas membaca nota itu, Shaiful Azli kemudian bertanya beberapa soalan kepada Sasha.

SHAIFUL AZLI: Masih tinggal bersama defendan?

SASHA: Ya.

SHAIFUL AZLI: Berasingan bilik?

SASHA: Ya...sejak beberapa tahun.

SHAIFUL AZLI: Beberapa tahun tu berapa?

SASHA: Tiga tahun.

SHAIFUL AZLI: Apa usaha kamu untuk selamatkan rumah tangga?

SASHA: Berbincang dengan keluarga masing-masing, dapatkan kaunseling daripada pihak-pihak tertentu, tapi rasanya tidak dapat diselamatkan lagi. Tidak ada persefahaman.

SHAIFUL AZLI: Bila kali terakhir bersama?

SASHA: Mungkin tiga atau empat bulan lalu.

SHAIFUL AZLI: Ada paksaan mana-mana pihak?

SASHA: Tiada.

SHAIFUL AZLI: Ada apa-apa kamu nak tambah?

SASHA: Cuma yang saya tulis atas nota itu. Atas faktor keselamatan saya dan anak.

Salyo selaku defendan juga memaklumkan mahkamah dia dan Sasha sudah berusaha untuk memperbaiki dan menyelamatkan rumah tangga mereka namun mengambil jalan terakhir untuk berpisah.

"Berat hati tapi ini yang terbaik untuk Sasha dan anak saya. Saya akan cuba perbaiki diri terutamanya untuk anak saya," katanya.

Dalam pada itu, mahkamah turut memerintahkan Saylo untuk membayar nafkah iddah sebanyak RM300 selama tiga bulan kepada Sasha dan Salyo bersetuju untuk memberikan nafkah anak sebanyak RM500 sebulan.

Pasangan itu bermaafan dan bersalaman buat kali terakhir sebagai suami isteri sebelum Salyo dilihat mengambil sedikit masa sebelum melafazkan cerai.

Shaiful Azli kemudian mensabitkan berlaku perceraian dengan talak satu dan memerintahkan plaintif menjalani tempoh edah selama tiga bulan, mendaftarkan perceraian mereka di Pejabat Agama Daerah Gombak Timur dan sijil nikah dibatalkan.

Sasha memakai jubah hitam dan bertudung coklat manakala Salyo yang ditemani rakannya memakai kemeja batik berwarna biru.

0 ulasan:

Catat Ulasan

 
DISCLAIMER: BUZZERA TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP SEBARANG KEROSAKAN YANG DI ALAMI PENGGUNA KERANA MENGGUNAKAN MAKLUMAT DALAM LAMAN WEB INI.

Buzzera - Berita Hiburan Malaysia © 2015. All Rights Reserved. Powered by Blogger
Top