Siri terbaru Doc McStuffins di saluran Disney Junior memaparkan impian setiap anak kecil yang berimaginasi agar alat permainan mereka hidup dan bernyawa serta membawa pengajaran penting mengenai kesihatan dan kesejahteraan diri.
Doc McStuffins disiarkan bermula Isnin ini pukul 9.30 pagi di Disney Junior (saluran Astro 613).
Siri arahan pemenang anugerah Emmy, Norton Virgien ini, mengisahkan pengalaman gadis berusia enam tahun bernama Doc yang cuba merawat dan membaiki semua haiwan mainan dan permainan yang rosak di rumah dan kejiranannya.
Bersama kawan-kawan haiwan permainannya iaitu Stuffy si naga, Lambie sahabat Stuffy, Hallie jururawat badak yang ceria, Squeakers permainan ikan yang berbunyi nyaring dan Chilly orang salji, Doc membantu sesiapa saja yang memerlukan bantuan, samada untuk membaiki jahitan yang tercabut, kehabisan bateri atau patung angin yang bocor.
Sifat penyayang Doc menyampaikan mesej kepada penonton mengenai kepentingan menyayangi diri sendiri dan orang lain.
Sebenarnya, ibu Doc ialah doktor yang membantunya mendiagnosis sementara bapanya pula ialah chef yang menyediakan hidangan yang sihat untuk Doc dan adiknya Donny.
Misi Doc untuk merawat dan menjaga haiwan permainan dan permainannya mengajar anak kecil supaya tidak takut berjumpa doktor dan mudah makan ubat.
Siri ini juga menampilkan lagu original dalam setiap episod seperti Be good to Your Tummy dan Wash Your Hand serta lagu tema The check-Up Song dan I Feel Better yang dinyanyikan selepas ‘pesakit’ berjaya ‘dirawat’.
Doc McStuffins akan disiarkan pada setiap hari bermula Isnin ini, pukul 9.30 pagi dan 8 malam di saluran yang sama.
Setiap episod akan memaparkan dua cerita yang berdurasi 11 minit setiap satu serta sebuah lagu asal bagi siri ini.
Layari laman web www.disneyjunior-asia.com untuk info program dan perkembangan terkini.
0 ulasan:
Catat Ulasan