Sinopsis Saleha

Saleha mengisahkan seorang wanita bernama Saleha (Tasha Shilla) yang terencat akal dan berfikiran seperti kanak-kanak. Saleha selalu berangan untuk menjadi seorang pengantin. Saleha tidak kisah dengan siapa dia dikahwinkan , yang penting baginya menjadi seorang pengantin.


Saleha gemar memakai cucuk sanggul, ‘veil’ panjang, bersolek, bersongket dan berinai persis macam pengantin. Dia gemar berangan duduk di pelamin dan ditepung tawar. Nasib Saleha sering dirundung malang. Ibu bapanya meninggal dunia ketika usianya 17 tahun akibat kemalangan.



Sejak itu Saleha dipelihara oleh Mak Long dan Pak Longnya yang menyayangi Saleha. Rumah yang didiami Saleha telah diwasiatkan oleh ibu bapanya untuk sesiapa yang menjaga Saleha di rumah itu. Mak Long mempunyai anak bernama Esah yang tiga tahun lebih muda dari Saleha. Esah menjadi teman Saleha dan melayan segala karenah Saleha selama ini.

Saleha di Slot Cerekarama hari Sabtu, 7 Julai 2012 pukul 10 malam di TV3.

Saleha dibintangi Tasha Shilla,Fezrul Khan,Linda Hashim,Fadilah Mansor dan Abu Bakar Juah

Promo Video Saleha


Saleha Synopsis
Saleha revolves around an orphan named Saleha who loves to play dress-up (especially as a bride). A little child-like even though she is in her mid 20s, her hopes to one day have a grand wedding is dashed when her fiance Manaf calls it off. Starring young and talented cast including Tasha Shilla, Fezrul Khan and Linda Hashim, they are supported by the more experienced Fadilah Mansor and Abu Bakar Juah.

0 ulasan:

Catat Ulasan

 
DISCLAIMER: BUZZERA TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP SEBARANG KEROSAKAN YANG DI ALAMI PENGGUNA KERANA MENGGUNAKAN MAKLUMAT DALAM LAMAN WEB INI.

Buzzera - Berita Hiburan Malaysia © 2015. All Rights Reserved. Powered by Blogger
Top