Sinopsis filem The Amazing Spider-Man

Filem The Amazing Spider-Man mengisahkan Peter Parker, seorang anak yatim piatu yang dibesarkan bapa dan ibu saudaranya. Ibu bapanya telah meninggal dunia dalam satu tragedi misteri.

Atas dasar ingin tahu, Parker telah menyiasat sehingga menemui sahabat baik bapanya iaitu saintis ternama, Dr Curt Connor. Penyiasatan Parker telah membawanya ke makmal ujikaji milik Dr Connor dan di situ, dia digigit seekor labah-labah ganjil iaitu haiwan uji kaji Dr Connor.

Masalah timbul apabila Dr Connor gunakan penyelesaian sains bantuan Parker untuk ubah dirinya jadi makhluk mutasi Lizard. Mampukah Parker halang Dr Connor?

The Amazing Spider-Man

Filem The Amazing Spider-Man diadaptasi daripada komik adiwira Marvel memilih Marc Webb sebagai pengarah dan Andrew Garfield sebagai pelakon utama dan dibantu pelakon lain seperti Emma Stone, Rhys Ifans, dan Martin Sheen.

Trailer The Amazing Spider-Man


Visit the official site at http://theamazingspiderman.com

0 ulasan:

Catat Ulasan

 
DISCLAIMER: BUZZERA TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP SEBARANG KEROSAKAN YANG DI ALAMI PENGGUNA KERANA MENGGUNAKAN MAKLUMAT DALAM LAMAN WEB INI.

Buzzera - Berita Hiburan Malaysia © 2015. All Rights Reserved. Powered by Blogger
Top