Pelakon Fazurina (Siti Fazurina Mohd Famir) pilih hari kelahirannya yang ke 30 sebagai tarikh bermakna dalam hidupnya apabila terbuka hati untuk berhijab.
Fazurina mula dikenali dalam sitkom Puteri dan Dunia Anita itu yang dulu dikenali dengan imej yang seksi kini telah memilih untuk tampil sopan. Namun begitu dia akan terus berlakon dalam apa jua watak yang ditawarkan tapi mahu mengekalkan batas-batas seorang muslimah.
"Dunia lakonan adalah punca rezeki saya dan saya akan terus berlakon tetapi dengan penampilan yang terkini dan saya harap pihak produksi lebih peka dengan tawaran-tawaran lakonan tersebut.
"Walaupun selepas berhijrah semakin banyak tawaran yang saya terima, tetapi terpaksa saya tolak kerana kini saya sudah punya pegangan baru dan saya harus akur kerana bagi saya rezeki ada dimana-mana dan ini saya anggap sebagai dugaan selepas berhijrah.
"Tidak semestinya bertudung tidak boleh menjayakan watak-watak yang jahat mahupun komedi, cuma tidak boleh melanggar batas yang saya tetapkan. Jika sesuai apa salahnya saya terima watak tersebut," ujar pelakon yang dilahirkan pada 9 Jun 1982 ini.
Bagi Fazurina atau lebih mesra disapa Nina memberitahu bahawa perubahan yang dilaluinya kini adalah pilihannya sendiri dan hidayah dan kuniaan yang datang daripadaNya. Individu yang menjadi inspirasi dan menyokong penghijrahannya itu adalah rakan artis Yatt Hamzah.
Fazurina juga memberitahu bahawa dia tidak pernah menyesal kerana sudah lama keinginan itu timbul cuma dia mencari masa yang sesuai untuk melaksanakannya.
0 ulasan:
Catat Ulasan