"Mungkin sekarang Aaron Aziz sering diundang ke majlis dan sudah semestinya saya akan menemaninya sebagai seorang pengurus.
"Bukannya untuk mencuri atau menumpang glamor. Itu sama sekali tidak benar, " ujar Diyana menjelaskan kedudukannya.
Manakala Aaron Aziz pula memberi tahu bahawa dia tidak membenarkan jika Diyana mahu terjun ke dalam bidang glamor.
"Kalau setakat mahu sesi fotografi penghias majalah atau cerita-cerita di akhbar saya benarkan. Itu pun sebagai pengurus atau individu paling dekat dengan saya.
"Tapi kalau dia mahu berlakon, itu pastinya saya tidak akan benarkan,"ujar Aaron sambil berseloroh.
Aaron Aziz yang kini semakin sibuk, juga menolak dakwaan mengatakan dia sudah semakin demand sebaik saja selepas dinobatkan gelaran Bintang Paling Popular ABPBH 2011.
Bagaimanapun dia menyifatkan sebarang penolakan berlakon kebelakangan ini adalah kerana tuntutan masa dan jadual kerjanya yang sudah penuh sebelum mendapat gelaran itu lagi.
Aaron Aziz bakal beraksi sebagai hos dalam Fear Factor Malaysia yang akan menjalani penggambaran di Afrika Selatan, diikuti beberapa lagi telemovie danjuga filem antaranya Dempak , Cicakman dan terbaru sekali dia baru habis dengan drama Adam & Hawa.
0 ulasan:
Catat Ulasan