Pelakon,penyanyi Adibah Noor lepas rindu terhadap kerjayanya sebagai seorang guru Bahasa Inggeris setelah memegang watak Cikgu Hajar dalam program Oh My English!.

Adibah berkata, peluang berlakon dalam siri berbentuk pendidikan itu telah mengubat rindunya untuk mempraktikkan kembali kemahiran mengajar yang telah ditinggalkan hampir 17 tahun lalu.

"Saya rindu saat-saat dapat memberikan motivasi kepada para pelajar saya dan apabila ditawarkan berlakon dalam siri ini saya terus terima kerana tertarik dengan konsepnya.

Oh My English!

"Selain menekankan penggunaan Bahasa Inggeris dengan betul banyak juga elemen lain yang turut diterapkan dalam Oh My English! supaya ia menggambarkan situasi sebenar di sekolah," ujarnya .

Dalam pada itu, Adibah berkata, walaupun kini dia kelihatan lebih banyak menumpukan perhatian kepada bidang lakonan dan pengacaraan tetapi hakikatnya dia masih mengutamakan karier nyanyian.

Adibah berkata, pelawaan untuknya mengadakan persembahan lebih banyak daripada lakonan atau pengacaraan cuma ia kurang mendapat publisiti dalam media.

"Saya banyak terlibat dalam acara tertutup dan majlis-majlis yang tidak melibatkan media sebab itu ia kurang mendapat liputan dan sekaligus nampak karier nyanyian saya seperti senyap.

"Berbanding dengan lakonan dan pengacaraan ia disiarkan di televisyen dan boleh ditonton oleh masyarakat," katanya. ~ Mstar

0 ulasan:

Catat Ulasan

 
DISCLAIMER: BUZZERA TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP SEBARANG KEROSAKAN YANG DI ALAMI PENGGUNA KERANA MENGGUNAKAN MAKLUMAT DALAM LAMAN WEB INI.

Buzzera - Berita Hiburan Malaysia © 2015. All Rights Reserved. Powered by Blogger
Top