Menjalani hampir 90 peratus penggambaran di Korea Selatan dan melibatkan tempat-tempat menarik seperti bandar Seoul, Pulau Jeju, penonton pasti akan terpesona dengan keindahan tempat-tempat yang dipaparkan dalam fi lem ini. Malah, pujian harus diberikan kepada Rahila kerana berjaya menampilkan syot menarik, pencahayaan yang cukup dan juga ‘mood’ yang sesuai dengan jalan cerita. Selain itu, keberanian Rahila untuk menyelitkan babak muzikal termasuk ‘video klip’ runut bunyi fi lem ini, patut diberi pujian kerana bukan ramai penerbit dan Aku Ada, Kau Ada???
Pengarah berani mengambil risiko untuk menampilkan naskhah yang menyelitkan elemen muzikal. Jika tidak kena dengan cara penyampaiannya ia boleh kelihatan seperti fi lem Bollywood. Apatah lagi, melibatkan Sam dan Yana sebagai pelakon utama dan lakonan mereka memang tidak perlu dipertikaikan lagi. Malah, Kamal juga sudah mula menunjukkan peningkatan lakonan dengan watak budak ‘poyo’ yang dijayakannya.
Gandingan Sam (Nordin) dan Kamal (Aziz) juga begitu baik, dek kerana perasaan dengki terhadap Nordin, Aziz sanggup buat apa sahaja bagi memalukan Nordin, namun akhirnya setiap perbuatan itu berbalik kepadanya.
Namun, dari segi skrip dan jalan ceritanya, masih banyak kekurangan sepatutnya boleh diperbaiki. Pendapat penulis, terlalu banyak babak pergaduhan antara Nordin dan Tina (Yana) dan ia kelihatan seperti berulang-ulang. Justeru itu, ia menjadi bosan dan bukan lagi rasa lucu. Namun, mengenangkan ia adalah fi lem pertama Rahila, maka wajar di beri peluang kepada pengarah muda ini memperbaiki kesilapan pada masa akan datang.
Filem ini mengisahkan Nordin Ahmad pelajar tahun kedua yang teringin dipandang “cool”. Masalahnya, setiap kali Nordin jadi tumpuan, dia akan panik, mula batuk dan akhirnya muntah. Aziz pula, seorang pelajar poyo yang perasan popular, selalu menyakat Nordin. Tina pula pelajar yang baru bertukar ke kolej Nordin untuk “99 Hari Senyum”, sebuah program khas untuk mengatasi sikap panas baran yang ditawarkan oleh Dr. Zida, kaunselor kolej.
Namun Tina dan Nordin rupanya ‘bermusuh sejak kecil dan bila mereka bertemu semula setelah 15 tahun berpisah, darah gemuruh Nordin makin teruk dan perasaan marah Tina makin menjadi. Makin lama mereka bertengkar, Tina tersedar dia sukakan Nordin, seperti 15 tahun dulu. Tina rasa dengan luah perasaan pada Nordin, dia akan dapat mengatasi sikap panas barannya tapi jika Nordin terima cintanya.
PENGARAH: Rahila Ali
PELAKON: Yana Samsudin, Shaheizy Sam, Kamal Adli, Angah Raja Lawak, Wana Ali, dan Sufian Ali.
GENRE : Komedi/Romantik/Muzikal
DURASI: 1jam 30minit
KLASIFIKASI: P13
TAYANGAN: 24 Mei 2012
best sangat cerite ni..suke sangat sam & yana.. harap diorang couple...
BalasPadam