Pertandingan Karaoke Hoore! Hoore! di Green Box, Seremban 2

Filem terbitan Astro Shaw Sdn Bhd (ASHW), Hoorey! Hoorey! yang bakal ditayangkan pada 24 Mei ini mengajak individu yang mempunyai bakat menyanyi untuk menyertai Pertandingan Karaoke Hoore! Hoore!

Khas buat penduduk di sekitar Seremban, ini peluang terakhir anda untuk menyertai Pertandingan Karaoke Hoore! Hoore! di Green Box, Seremban 2.

Mereka yang berminat boleh mendapatkan borang penyertaan dengan melayari laman web My Launch Pad di http://movies.mylaunchpad.com.my atau dengan mendapatkan majalah Media Hiburan atau kunjungi cawangan Redbox, Green Box dan Red Box Ria.

Tiga pemenang utama, kedua dan ketiga dari setiap lokasi pertandingan akan membawa pulang hadiah sumbangan Movie@myLaunchpad seperti Galaxy S2, HTC Explorer, Samsung Galaxy Y dan juga trofi sumbangan ASHW.

Pertandingan Karaoke Hoore! Hoore!

Seramai 100 orang akan dipilih untuk penyertaan di setiap lokasi

Khas untuk pengguna Mylaunchpad Movies:
• 30 pendaftar online akan diberi keutamaan untuk penyertaan di setiap lokasi dari jam 10.30 pg - 12.30 tgh hari sahaja.
• Setelah anda menghantar borang penyertaan ini, sila cetak halaman seterusnya bersama butir-butir anda.

Klik di sini untuk Kempen Eksklusif Hoore Hoore di mana anda berpeluang memenangi;
1) hadiah menarik
2) bertemu selebriti dan
3) memuat turun nada dering eksklusif serta Pakej Trivia Hoore! Hoore!

0 ulasan:

Catat Ulasan

 
DISCLAIMER: BUZZERA TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP SEBARANG KEROSAKAN YANG DI ALAMI PENGGUNA KERANA MENGGUNAKAN MAKLUMAT DALAM LAMAN WEB INI.

Buzzera - Berita Hiburan Malaysia © 2015. All Rights Reserved. Powered by Blogger
Top