Pelakon dan penyanyi, Liyana Jasmay telah diganggu dengan seorang lelaki, dipercayai peminat fanatiknya.

“Ini bukan kali pertama sebaliknya enam kali,” kata Liyana

Liyana yang baru bertunang dengan jejaka pilihannya pada 29 Mac lalu mengulas insiden dia dan keluarga diganggu lelaki 20-an.

Liyana Jasmay

Lelaki terbabit dilaporkan mula ‘menghantui’ rumah Liyana di Hulu Klang, di sini, sejak November tahun lalu dengan membawa pelbagai hadiah, selain bertegas bertemu pelakon dan penyanyi berkenaan.

Lelaki terbabit dilaporkan menunggu di hadapan rumah keluarga artis itu, selain berlegar-legar di sekeliling kediaman berkenaan.

Antara hadiah yang dibawanya untuk diberikan kepada Liyana ialah baju-T, kasut, minyak wangi, cakera padat (CD), minyak wangi serta tuala wanita.

0 ulasan:

Catat Ulasan

 
DISCLAIMER: BUZZERA TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP SEBARANG KEROSAKAN YANG DI ALAMI PENGGUNA KERANA MENGGUNAKAN MAKLUMAT DALAM LAMAN WEB INI.

Buzzera - Berita Hiburan Malaysia © 2015. All Rights Reserved. Powered by Blogger
Top