“Bijak betul imaginasi penyebar cerita ini. Bagi saya, lagi banyak gosip, lagi gembira rumahtangga kami. Alhamdulillah, sehingga kini dia seorang suami yang baik,” ujar Ning ketika ditemui pada sidang akhbar Ratu Hatiku Mother’s Day Hi-Tea di hotel The Royale Bintang Damansara, baru-baru ini.
“Memang benar Omar tidak lagi akan menguruskan kerjaya seni saya tapi bukanlah sebab kami mempunyai masalah rumahtangga seperti yang digembar-gemburkan. Namun, ini kerana dia menerima tawaran dari sebuah syarikat lain. Tidak dinafikan memang sedih dia tinggalkan saya, tapi disebabkan rezeki dia mendapat tawaran yang bagus, jadi saya terima perkara ini.”
Tambah Ning, “Omar secara rasmi tidak lagi menguruskan saya pada bulan Julai ini. Bagi saya, sudah tiba masanya salah seorang dari kami mempunyai pendapatan yang tetap. Lagipun Omar dah setahun dengan saya dan yang penting, dia dah faham dan tahu selok-belok dunia seni,” ujar Ning tidak menafikan pernah bergaduh dengan suaminya itu.
“Sepanjang empat tahun berkahwin, mustahillah kami tak bergaduh. Namun, ia lebih kepada benda kecil seperti pertengkaran mengenai kerja.”
Dalam perkembangan lain, Ning yang baru saja selesai menjalani penggambaran klip video bagi lagu runut bunyi filem Lagenda Budak Setan 3 berjudul ‘Sejati’ ini bakal muncul dengan jenama wangiannya sendiri, ‘Ning Parfums’ pada bulan Disember nanti. Ning juga masih menjalankan perniagaannya dalam bidang kesihatan dan kecantikan menerusi Pusat Pelangsingan Badan, MEDIShape dan juga produk Neubodi.
0 ulasan:
Catat Ulasan