Syamsul Yusof menafikan sengaja menghina agama dalam filem Jalan Kembali Bohsia 2 yg memaparkan adengan seorang mat rempit menengking dan menolak imam di hadapan masjid, sebaliknya ia sekadar untuk memberi keinsafan dan pengajaran kepada penonton.

Malah Syamsul Yusof berkata ia merupakan satu adengan untuk memaparkan kejahilan seorang mat rempit tentang Islam yang tersesat jauh.

Jalan Kembali Bohsia 2

"Bagi saya lakonan dan adengan oleh Sofie Jikan sebagai mat rempit yang jahil agama di situ boleh sampai kepada penonton.

"Saya akui babak itu agak berani lebih-lebih lagi ianya dilakonkan di hadapan masjid. Tetapi saya cuba memaparkan realiti hidup sesetengan mat rempit.

"Sebenarnya memang wujud mat rempit yang berperangai keterlaluan seperti itu.

"Tetapi saya tidak paparkannya secara keterlaluan kerana dia hanya menolak bukan menendang seperti asalnya yang saya mahukan.

"Malah, pada masa sama, dalam adegan itu turut disertakan bacaan surah Al-Quran sebagai nasihat yang berkaitan," katanya selepas majlis tayangan Eksklusif Jalan Kembali Boshia 2 di e@Curve, baru-baru ini.

Dalam adengan yang dimaksudkan, Soffie Jikan yang memegang watak Keting sebagai mat rempit telah meninggikan suara serta mencabar seorang watak imam dan kemudian telah menolaknya dengan kuat.

Sungguh pun begitu, Syamsul akui dia telah menerapkan lebih banyak elemen keIslaman di dalam filem tersebut berbanding filem Bohsia : Jangan Pilih Jalan Hitam yang akan ditayangkan pada 7 Jun ini.

Malah, Syamsul Yusof berkata, Bohsia 2 lebih sarat dengan elemen nasihat dan pengajaran termasuk menggunakan surah Al-Quran bagi menguatkan lagi elemen Islam di dalamnya.

"Ini adalah filem arahan saya yang ketujuh. Sepanjang mengarahkan filem, ini filem saya yang paling banyak menyelitkan elemen keIslaman.

"Dulu saya gunakan juga formula itu dalam filem Khurafat tetapi kali ini unsur keIslaman itu saya selitkan lebih banyak lagi dalam filem aksi sebegini.

"Bukannya senang memaparkan kisah mat rempit dan bohsia dalam filem serta menyuntik elemen islamik di dalamnya. Itu cabaran saya dalam filem ini.

"Apatah lagi, filem ini dihasilkan dengan menggabungkan elemen aksi, drama, komedi dan keIslaman yang menyampaikan mesej-mesej yang baik kepada para penonton," jelasnya lagi.

Selain Soffie Jikan, filem terbitan Skop Production ini turut dibintangi oleh pengarahnya sendiri, Syamsul dan beberapa pelakon lain seperti Nabila Huda, Zizan Raja Lawak, Salina Saibi, Serina Redzuan dan Harun Salim Bachik.

Bohsia 2 merupakan sekuel atau sambungan kisah filem Bohsia yang mana kali ini memaparkan Amy (Salina Saibi) kali ini akhirnya telah membuka pintu hatinya untuk bertaubat dan insaf.

Sementara Tasya (Nabila Huda) yang masih hanyut telah hidup bersama dengan Keting (Sofie Jikan) selepas putus cinta dengan Muz (Syamsul Yusof).

Namun, Muz akhirnya memilih jalan untuk bertaubat . Mampukah Muz dan Amy mengatasi rintangan yang sering menjadi konflik penghijrahan hidup mereka. Bagaimanakah kesudahan hidup Tasya ? Adakah Keting akan terus menjerumuskan gadis gadis yang lemah pegangan agama ?

Jom tengok wayang Bohsia 2 !

0 ulasan:

Catat Ulasan

 
DISCLAIMER: BUZZERA TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP SEBARANG KEROSAKAN YANG DI ALAMI PENGGUNA KERANA MENGGUNAKAN MAKLUMAT DALAM LAMAN WEB INI.

Buzzera - Berita Hiburan Malaysia © 2015. All Rights Reserved. Powered by Blogger
Top