“Bukan satu datuk yang dikaitkan dengan saya apabila meraih kemenangan pada ABPBH lalu. Saya sendiri tidak tahu datuk yang mana satu yang sudi menaja saya?
Mungkin benar ada datuk yang menaja, tetapi sejujurnya saya tidak mengenalinya. Jika benar, saya ucapkan terima kasih kerana menyokong kerjaya saya,” katanya.
Mengenai gosip mengatakan dia pelakon ‘berangan’ apabila dilihat mengusung trofi kemenangan itu ke sebuah pusat beli-belah terkemuka di ibu kota, gadis kelahiran Ampang mengakui ada mengunjungi pusat beli-belah berkenaan bersama piala dimenangi, tetapi hanya sekejap saja.
“Ya, saya mengakui pada hari Isnin selepas turun dari Genting Highlands dengan keluarga, saya dan ayah terus memandu ke pusat beli belah itu bagi melunaskan hajat kawan baik saya, Reza, yang bekerja di kedai yang dimaksudkan untuk melihat trofi kemenangan itu.
“Sebagai kawan rapat, saya mahu berkongsi kegembiraan bersamanya. Jadi, saya memang bawa trofi itu untuk ditunjukkan kepada Reza dan tidak berniat menunjuk-nunjuk kepada orang lain. Lagipun, trofi itu bukan saya pegang begitu saja kerana saya masukkan ke dalam beg. Mungkin ada yang nampak saya memegang trofi dalam kedai itu dan membuat cerita saya mengusung di seluruh pusat beli-belah,” katanya.
Ditanya, adakah hatinya terguris dengan gosip yang tidak henti-henti menjengah, Tasha memberitahu, dia tidak kisah kerana tidak mampu menutup mulut orang untuk terus berkata-kata.
Katanya lagi, permintaan rakan baiknya ketika sama-sama bekerja di kedai itu selama tiga tahun sudah dilaksanakan dan dia berharap isu itu tidak lagi timbul.
“Sebelum terbabit dalam industri seni, saya memang bekerja di kedai itu dan mengenali rakan-rakan di situ dengan begitu baik. Mereka juga tahu minat saya dalam lakonan dan tidak salah saya berkongsi kegembiraan bersama mereka.
“Ketika bekerja di situ, ramai pelanggan dari golongan yang berada seperti Datuk. Jadi mungkin seorang daripada merekalah yang mengundi saya secara tidak langsung, tanpa pengetahuan saya,” katanya.
Beralih ke kisah kerjayanya, Tasha berkata, dia kini lebih berhati-hati dalam menerima tawaran membabitkan watak.
“Bukan memilih, tetapi saya mahu melakonkan watak yang tidak berulang. Walaupun dihimpit kontroversi, tawaran berlakon sentiasa ada.
“Begitupun, saya tidak pernah menyimpan hasrat untuk memenangi anugerah seterusnya, sama seperti anugerah yang saya terima hari ini. Semuanya datang secara tiba-tiba. Apa yang utama adalah hasil kerja saya. Soal anugerah itu, biar ia datang sendiri,” katanya yang turut membintangi drama Adi dan Meon serta Saleha.
Antara usaha terbarunya untuk kekal bertapak dalam industri adalah dengan menghadiri uji bakat filem Hollywood bagi sebuah produksi di Singapura.
“Saya menjalani sesi uji bakat di Singapura dan sudah pun diterima. Kini saya cuma menunggu skripnya siap dan watak apa yang mahu diberikan kepada saya.
“Selain itu, saya juga akan ke Jakarta pada 27 Mei ini untuk mengembangkan sayap sebagai pelakon di sana bersama produksi Wira Production, yang diterajui Anjasmara,” katanya.
0 ulasan:
Catat Ulasan