Drama Nikallaya, arahan Aidil Fitri Mohamad Yunos berdasarkan kisah benar. Ia mengungkap kisah Nikallaya lakonan Nabila yang hanyut dalam dunia glamor sehingga mengenepikan soal agama.
Nikallaya berdepan dengan pelbagai musibah selepas menderhaka kepada ibunya.
Hidup Nikallaya kembali bersinar setelah bertemu dengan jejaka dari Indonesia bernama Munir yang kemudian menjadi suaminya.
Bagaimanapun, ternyata Nikallaya belum terlepas daripada dibelenggu kesedihan apabila terpaksa berpisah dengan Munir dan anak mereka, Malik, lebih setahun atas sebab tidak dapat dielakkan.
Nikallaya pasrah dan menganggap perkara terjadi adalah kifarah dosa-dosanya, sebelum akhirnya dia dipertemukan kembali dengan Munir dan Malik di hujung cerita.
Nikallaya akan disiarkan TV AlHijrah mulai 12 Jun ini, jam 8.30 malam mengetengahkan elemen tiga negara iaitu Malaysia, Thailand dan Indonesia menampilkan Nabila Huda,Iqram Dinzly, Sheera Iskandar dan Normah Damanhuri. Pelakon Thai pula ialah Huttaya Kuratchatchaval, Amontep Rimdusit dan Natchara Nuntaphodej.
0 ulasan:
Catat Ulasan