Rita Rudaini Mohamad@Mokhtar (Rita) menunaikan umrah ditemani dua anaknya, Airit Rayyan Rizqin, 3, dan Airit Rafqa Arjuna, 1.

Bagaimanapun, suaminya juga bintang bola sepak kebangsaan, Mohamad Aidil Zafuan Abd Razak, 25, tidak turut serta.

"Dia (Aidil) tahu Rita ke sana bersama anak-anak dan keluarga. Sejak tujuh tahun lalu, ibu bapa Rita setiap tahun tidak pernah terlepas mengunjungi Tanah Suci dan setiap kali itu mereka tidak akan lupa mengajak Rita, cuma Rita saja yang ada halangan.

"Namun Rita percaya, kalau seruan itu ada, ia tidak akan ke mana. Alhamdulillah, tahun ini selepas sekian lama terhalang hasrat hati, Rita berpeluang menjejakkan semula kaki ke sana (Makkah) dan tentunya lebih menggembirakan apabila kali ini anak-anak juga dibawa bersama.

"Biar apapun kemelut rumah tangga yang sedang dihadapi Rita ketika ini, Rita mohon segala urusan di sana dipermudahkan dan berharap ada sesuatu membahagiakan menanti Rita apabila pulang dari Tanah Suci," katanya yang berangkat pada 22 Mei lalu.

Mohon dimurahkan rezeki dia dan anak-anak, Rita yang kali terakhir menunaikan ibadat umrah tujuh tahun lalu juga berharap kunjungan itu bakal memandu keputusan bakal dibuatnya kelak berhubung pergolakan rumah tangga yang membelenggu dirinya sejak beberapa bulan lalu.

Umum tahu bahawa suaminya, Aidil menarik semula permohonan cerai yang difailkannya pada 30 April lalu. Bagaimanapun, hubungan mereka sama ada sudah kembali tinggal sebumbung belum dapat dipastikan lagi.

"Saat dia keluar dari rumah Januari lalu sampai sekarang, meskipun sudah membatalkan permohonan cerai, dia masih belum pulang ke rumah untuk berbincang dengan Rita. Itu saja yang Rita boleh katakan kerana pada 18 Jun nanti akan ada lagi perbicaraan kami di mahkamah.

"Rita tak mahu ganggu perbicaraan mahkamah dan tidak boleh keluarkan sebarang kenyataan buat masa ini bagi menghormati prosiding mahkamah. Terus terang Rita sendiri tidak ada masa untuk fikir apakah tindakan yang seharusnya Rita ambil.

"Apa yang boleh Rita katakan, Rita serahkan segala-galanya kepada Yang Maha Kuasa. Kalau jodoh kami masih panjang, Rita terima dan jika sebaliknya pun Rita akan reda.

"Bagi Rita, apa saja keputusannya nanti, ada hikmahnya. Rita tidak mahu menolak takdir. Tuhan Maha Mengetahui.

"Pada awal persengketaan kami, tiap-tiap hari Rita menangis sampaikan sudah kering air mata. Tapi sekarang Rita rasa, hidup Rita dan anak-anak lebih tenang, tak susah dan lebih gembira," katanya.

Rita Rudaini anak

Tidak mahu membohongi diri, di mana ada kalanya masalah yang dihadapi mengganggu emosi ketika di set penggambaran, namun dia wajar berfikiran rasional kerana kesedihan tidak akan membantu hidupnya.

"Kita tidak boleh tinggal atau lari daripada masalah. Ia akan sentiasa mengekori kita. Apa yang kita boleh buat adalah mengawal emosi dan cari ketenangan. Kita juga perlu menghormati kerja orang lain. Jangan susahkan orang sebab masalah kita.

"Rita bersyukur kerana ada anak-anak. Setiap kali rasa sediah, Rita bayangkan wajah mereka, sekali gus mengingatkan Rita bahawa apapun yang berlaku Rita ada anak untuk dibesarkan. Merekalah penawar duka hati Rita sebenarnya.

"Selalunya Rita akan rasa terhibur kerana anak-anak turut bersama di lokasi penggambaran. Mana-mana penggambaran secara 'indoor' dan tidak membabitkan banyak babak, Rita akan bawa mereka bersama. Alhamdulillah, mereka tidak pernah merengek atau mengganggu Rita," katanya.

Tinggalkan kisah sedih hidupnya, kebelakangan ini wajah Rita kembali menghiasi kaca televisyen bahkan wanita kelahiran Perlis yang cukup jelita itu khabarnya terikat dengan beberapa penggambaran drama termasuk filem.

Ketika soalan itu diajukan, bingkas Rita, selama ini orang memang tahu dia sentiasa meletakkan keluarga di tempat pertama. Bagaimanapun, dalam keadaan dirinya yang terkapai-kapai, dia perlu bekerja dan mencari rezeki untuk anak-anak. ~ HM

1 ulasan:

  1. hmm...comel la kak rita nie suka tgk kak rita dlm anugerah skrin 2012 berseri jerr muka akak mcm bidadari sgt...mcm cinderella pun ada hehehe...:)

    #khas dari adik hazirah

    BalasPadam

 
DISCLAIMER: BUZZERA TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP SEBARANG KEROSAKAN YANG DI ALAMI PENGGUNA KERANA MENGGUNAKAN MAKLUMAT DALAM LAMAN WEB INI.

Buzzera - Berita Hiburan Malaysia © 2015. All Rights Reserved. Powered by Blogger
Top