Stesen radio naungan Airtime Management and Programming Sdn Bhd (AMP) ini berjaya menarik perhatian 4.8 juta pendengar sepanjang tahun ini, sekali gus mengetepikan beberapa stesen radio berbahasa Melayu lain.
Selain itu, kejayaan radio Era FM ini turut diikuti dua lagi stesen radio di bawah payung AMP iaitu Sinar FM dengan 4.7 juta pendengar dan THR (Raaga & Gegar) seramai 1.73 juta pendengar sekali gus menghuni tempat kedua dan ketiga dalam kajiselidik ini.
Bagi stesen radio berbahasa Inggeris, hitz.fm sekali lagi mengungguli kategori stesen radio Inggeris paling popular dengan 2 juta pendengar. MY FM pula masih kekal sebagai stesen radio berbahasa Cina paling diminati dengan penambahan 16 peratus berbanding tahun lalu iaitu sebanyak 2.5 juta pendengar.
Seterusnya diikuti THR Raaga sebagai stesen radio Tamil paling unggul tahun ini dengan jumlah pendengar sebanyak 2.2 juta pendengar.
Berikut adalah tujuh stesen radio teratas mengikut keputusan kajiselidik Pengukuran Pendengar Radio Nielsen Liputan 1, 2012;
1. ERA fm
2. SINAR fm
3. THR (Raaga & Gegar)
4. HOT fm
5. SURIA fm
6. MY FM
7. hitz.fm
0 ulasan:
Catat Ulasan