Hos rancangan Imam Muda 3, Akhil Hayy bakal memberi kelainan dengan menggunakan pendekatan tersendiri bagi memastikan rancangan itu tampak santai dan menarik. Akhil akan menyelitkan elemen, seloka, gurindam, pantun dan lagu-lagu dalam program yang diacarakannya itu nanti.

"Bukannya apa, inilah kelainan yang ingin saya bawakan dalam Imam Muda musim ini. Tambahan pula kesemua mereka masih muda dan ramai yang suka menyanyi dan saya mahu mereka keluarkan apa yang ada dalam diri masing-masing.

"Saya tak mahu mereka terikut-ikut dengan naqib (mentor) masing-masing kerana apa yang lebih penting mereka dapat keluarkan personaliti diri masing-masing," katanya yang sangat gembira apabila diberi tanggungjawab memikul peranan sebagai pengacara Imam Muda 3.

Seramai 10 orang peserta dipilih untuk mewarnai rancangan Imam Muda 3 yang akan bersiaran buat pertama kalinya pada 28 Mei ini di Astro Oasis (saluran 106).

Tambah Akhil Hayy lagi, dia yakin pendekatan yang sama sekali berbeza dengan musim pertama dan kedua Imam Muda itu akan mampu menarik lebih perhatian setiap peserta, malah juga penonton yang akan menyaksikan rancangan itu nanti.

Biarpun begitu, dia agak terkilan apabila hasratnya untuk menyuntik suasana yang santai ketika rakaman untuk episod pertama rancangan itu tidak kesampaian apabila para peserta menunjukan suasana suram selepas sekian lama berjauhan daripada keluarga.

"Perlu difaham juga kerana ada sebilangan peserta yang sedih apabila berenggang daripada keluarga kerana ada diantara mereka yang sudahpun berumahtangga.

"Jadi saya sangkakan saya dapat menyuntik suasana yang ceria dalam episod suai kenal berkenaan, sebaliknya masing-masing bersedih pula," katanya.

Ditanya, tidakkah pendekatannya itu akan tersasar dari objektif sebenar Imam Muda sebagai sebuah rancangan dakwah? Akhil Hayy bagaimanapun berkata jika mahu dibandingkan dengan program yang sama di Indonesia, pendekatan mereka ternyata lebih dahsyat.

"Di Indonesia format yang mereka gunakan lagi dahsyat. Di sana ada sesi berpidato antara sesama peserta.

"Apa yang ingin saya terapkan di sini supaya setiap peserta menjadi orang bukannya orang-orang seperti di sawah pagi.Kita bukan mencari klon, tapi jadilah diri sendiri yang mempunyai personality sendiri," tegasnya.

Akhil Hayy

Bercerita mengenai pemilihannya sebagai pengacara rancangan berkenaan, Akhil Hayy sangat bersyukur apabila namanya dipanggil yang mungkin disebabkan pengalaman luas dalam bidang pengacaraan TV dan dakwah.

"Saya anggap pemilihan saya ini sebagai takdir dariNya. Mungkin juga pengalaman saya sebelum ini telah memudahkan perjalanan saya.

"Memang ramai muka dan bakat baru yang mungkin boleh diterapkan, tapi mungkin pihak Astro Oasis melihat saya cukup selesa di hadapan kamera dan serasi di dalam kaca TV, maka kerana itulah saya dipilih, Alhamdulillah," katanya.

0 ulasan:

Catat Ulasan

 
DISCLAIMER: BUZZERA TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP SEBARANG KEROSAKAN YANG DI ALAMI PENGGUNA KERANA MENGGUNAKAN MAKLUMAT DALAM LAMAN WEB INI.

Buzzera - Berita Hiburan Malaysia © 2015. All Rights Reserved. Powered by Blogger
Top