Pelakon Nabila Huda akhirnya terbuka untuk menjelaskan mengenai hubungannya dengan Johan Asari.

Nabila Huda menjelaskan hubungannya dengan Johan adalah kawan rapat dan sering berhubung antara satu sama lain untuk bertanyakan khabar.

"Memang hubungan kami rapat dan kami selalu menghubungi antara satu sama lain jika berjauhan. Kami sering telefon dan SMS.

"Namun sebenarnya status kami adalah kawan rapat dan dia seorang kawan yang sangat baik kepada saya," katanya.

Sungguh pun begitu, anak kepada penyanyi rock, Amy Search itu berkata, dia kini sudah merasakan tekanan terhadap hubungan mereka selepas mendapat tentangan daripada beberapa pihak.

"Sebenarnya saya jadi tertekan bila orang kerap bertanyakan kepada kami adakah kami menjalinkan hubungan cinta.

"Bila kami berkawan rapat dan kerap bersama, ada pula peminat-peminat Johan terutamanya yang kurang senang dengan hubungan ini.

"Sampai satu tahap, saya pernah memberitahu dia sangat susah hendak berkawan dengan dia setelah banyak respon yang kurang senang diberikan kepada saya. Tetapi dia tetap pertahankan hubungan kami," luahnya.

Nabila Huda seksi

Mengulas mengenai soal cinta, ibu tunggal kepada Kheisya Laila, 2, itu berkata belum tiba masanya untuk memikirkannya dan jika boleh dia mahu bertemu jodoh dengan jejaka yang bukan dari kalangan industri hiburan.

"Terus-terang, saya tidak bersedia lagi untuk mempunyai hubungan serius seperti bercinta. Banyak perkara yang perlu saya fikirkan lagi.

"Malah, buat masa sekarang, bukan misi saya untuk mencari cinta dan rasanya dengan status saya sebagai ibu tunggal kepada seorang anak bukannya mudah..

"Lagipun, jika mahu memikirkan pasangan hidup kelak rasanya saya lebih selesa untuk bercinta dengan jejaka yang bukan orang yang berada dalam industro yang sama dengan saya," tambahnya lagi. ~ Murai

0 ulasan:

Catat Ulasan

 
DISCLAIMER: BUZZERA TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP SEBARANG KEROSAKAN YANG DI ALAMI PENGGUNA KERANA MENGGUNAKAN MAKLUMAT DALAM LAMAN WEB INI.

Buzzera - Berita Hiburan Malaysia © 2015. All Rights Reserved. Powered by Blogger
Top