Awal Ashaari dan isterinya, Scha Al-Yahya akan berlepas ke New York, Amerika Syarikat untuk berbulan madu pada 8 Mei 2012.

Walaupun untuk tempoh masa singkat, ia sekadar untuk melengkapkan perkahwinan bahagia mereka ini dengan pergi berbulan madu sebelum merancang untuk berbulan madu kali kedua di lokasi lain pada hujung tahun.

Awal Ashaari dan isterinya, Scha Al-Yahya

"Kami akan ke New York pada 8 hingga 18 Mei 2012 untuk berbulan madu kerana Scha sememangnya teringin untuk menjejakkan kaki ke sana.

"Keputusan ini dibuat setelah visa Amerika Syarikat Scha telah mendapat kelulusan setelah semua umum tahu bahawa visa untuk ke negara ini harus melalui pelbagai jenis prosedur.

"Saya sendiri sudah mempunyai visa Amerika Syarikat dan ia sah sehingga 10 tahun kerana sebelum ini saya sudah pernah berkunjung ke Los Angeles," ujar pengacara popular itu.

Menurut Awal lagi, dia harus pulang sebelum 18 Mei kerana telah terikat dengan urusan kerja pada tarikh tersebut.

Walaupun lebih kurang 10 hari pasangan itu akan berada di sana, Awal berkata ia sudah cukup bagi merehatkan diri setelah bertungkus lumus untuk persiapan mereka bergelar raja sehari.

~ Murai

0 ulasan:

Catat Ulasan

 
DISCLAIMER: BUZZERA TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP SEBARANG KEROSAKAN YANG DI ALAMI PENGGUNA KERANA MENGGUNAKAN MAKLUMAT DALAM LAMAN WEB INI.

Buzzera - Berita Hiburan Malaysia © 2015. All Rights Reserved. Powered by Blogger
Top