Pelakon berbakat Aaron Aziz menerima hadiah barangan kemas bernilai RM250,000 di Rafflesia, Hotel Park Royal.

Hadiah itu diberikan bersempena dengan kemenangan Aaron sebagai Bintang paling Popular ABPBH 2011 (Anugerah Bintang Paling Popular Berita Harian 2011). Aaron Aziz bersyukur imbuhan yang diterima hasil daripada titik peluhnya itu dapat dikongsi bersama isteri tersayang, Diyana Halik.

"Selama ini bukan saya seorang yang bertungkus lumus mengukuhkan kerjaya sendiri tetapi isteri juga banyak membantu daripada segi pengurusan jadual penggambaran dan perjumpaan dengan pihak-pihak produksi.

"Jadi hadiah barangan kemas ini sememangnya layak buat Diyana yang bersusah payah untuk saya," tuturnya.

Aaron Aziz dan isteri, Diyana Halik

Dalam pada itu, ditanya tidakkah Aaron berasa risau dengan keselamatan keluarganya apabila mendedahkan penerimaan hadiah itu kata Aaron, dia ada menyediakan peralatan keselamatan di rumah.

"Semestinya saya ada meletakkan alat keselamatan dalam rumah kerana tidak mahu apa-apa perkara buruk yang terjadi kepada isteri dan anak-anak.

"Bagaimanapun selebihnya, saya berserah kepada Tuhan dan berdoa kepada supaya kami semua berada dalam keadaan selamat dalam semua perkara," tegas Aaron.

0 ulasan:

Catat Ulasan

 
DISCLAIMER: BUZZERA TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP SEBARANG KEROSAKAN YANG DI ALAMI PENGGUNA KERANA MENGGUNAKAN MAKLUMAT DALAM LAMAN WEB INI.

Buzzera - Berita Hiburan Malaysia © 2015. All Rights Reserved. Powered by Blogger
Top