Album Menggoda, Kat Hassan

Album terbitan syarikat produksi Kat Hassan sendiri, Kath Entertainment ini memuatkan lima buah lagu iaitu Chiki, Hilang, Menggoda, Senjakala dan Lepaskan.

Kat Hassan

Turut disertakan adalah cakera digital versatil (DVD) yang mengandungi klip video Chiki dan Hilang.

Album ini sudah berada di pasaran sejak 17 April lalu edaran Warner Music Malaysia.

--------------

Bercerita mengenai album yang mengambil masa selama enam tahun untuk dihasilkan ini, Kat berkata proses tersebut memakan masa yang lama kerana faktor kewangan.

"Saya perlu mengumpulkan duit untuk menerbitkan album sendiri. Sebab itu selama enam tahun saya sepi daripada publisiti kerana sibuk dengan lakonan dan persembahan pentas di merata tempat.

"Untuk album ini, saya perlu kumpulkan lagu-lagunya secara berperingkat mengikut kemampuan kewangan.

"Ia mengambil masa yang lama kerana saya mahukan sebuah album yang terbaik dan istimewa, berbaloi dengan penantian peminat," ujarnya.

0 ulasan:

Catat Ulasan

 
DISCLAIMER: BUZZERA TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP SEBARANG KEROSAKAN YANG DI ALAMI PENGGUNA KERANA MENGGUNAKAN MAKLUMAT DALAM LAMAN WEB INI.

Buzzera - Berita Hiburan Malaysia © 2015. All Rights Reserved. Powered by Blogger
Top