GIRLS GENERATION (SNSD) mewujudkan sub-unit sendiri - Taetiseo - iaitu gabungan nama tiga anggotanya Taeyeon, Tiffany dan Seohyun.

Bak kata Tiffany, mungkin dengan tertubuhnya sub-unit tersebut, anggota SNSD terbabit dapat menambah pendapatan bagi menyaingi anggotanya yang paling lumayan, Yoona.

Taetiseo

Seiring dengan imej baru sub-unit itu yang bersemangat dan bertenaga, ketiga-tiga anggotanya tampil dengan fesyen pakaian rona terang dan berwarna-warni.

Konsep baru ini cukup mengujakan peminat yang bagaikan tak sabar-sabar hendak mendengar lantunan suara ketiga-tiga anggota yang diketahui memang mempunyai vokal terbaik dalam SNSD.

Album mini mereka, Twinkle bersama-sama video muzik dipasarkan mulai 2 Mei lalu.

Sama-samalah kita tunggu, adakah sambutan peminat terhadap Taetiseo akan sehebat SNSD.

0 ulasan:

Catat Ulasan

 
DISCLAIMER: BUZZERA TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP SEBARANG KEROSAKAN YANG DI ALAMI PENGGUNA KERANA MENGGUNAKAN MAKLUMAT DALAM LAMAN WEB INI.

Buzzera - Berita Hiburan Malaysia © 2015. All Rights Reserved. Powered by Blogger
Top