Saiful Apek akui dia kini sedang dalam proses membela diri dan akan dihadapkan ke mahkamah sekali lagi pada 22 dan 23 Mei ini.

Pada 27 Mac lalu, pihak Mahkamah Majistret Petaling Jaya telah mengesahkan pelawak popular, Saiful Apek atau nama sebenarnya Mohd Saifulazam Mohamed Yusoff dan tiga rakannya, disahkan positif dadah jenis kanabis.

Walaubagaimanapun, Saiful Apek dan tiga rakannya mengaku tidak bersalah dengan tuduhan yang diberikan kepada mereka.

Saiful Apek

"Memang dari segi ujian makmal telah mengensahkan air kencing saya itu positif. Tetapi sejauh mana kesahihan mereka dari segi teknikal saya mahu bukti itu jelas.

"Justeru, saya masih membela diri saya supaya bukti dan proses pengesahan air kencing yang pihak makmah itu buat jelas dan tiada unsur penganaiyaan.

"Apa-apa pun saya bersedia untuk menunggu apa jua keputusan dan terus membela diri saya pada perbiacaraan seterusnya," jelasnya.

Selain Apek, tiga rakannya yang juga suspek kepada kes dadah tersebut adalah Shah Zainatull Ehsan Al-Muazam Shah Yahya, 28, Shaiful Baharom, 24, dan Noremy Mohamad, 28.

Mereka didakwa melakukan kesalahan itu di Pejabat Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik, di Ibu Pejabat Polis Daerah Subang Jaya, Jalan LP 2A/1, Taman Putra Permai, Seri Kembangan pada 11 malam, 12 Jun 2010.

Mengikut Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 mereka boleh dihukum mengikut Seksyen 15(1) akta sama yang membawa hukuman maksimum penjara dua tahun atau denda RM5,000 jika sabit kesalahan.

0 ulasan:

Catat Ulasan

 
DISCLAIMER: BUZZERA TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP SEBARANG KEROSAKAN YANG DI ALAMI PENGGUNA KERANA MENGGUNAKAN MAKLUMAT DALAM LAMAN WEB INI.

Buzzera - Berita Hiburan Malaysia © 2015. All Rights Reserved. Powered by Blogger
Top