Dokumentari Detik Tragik TV3

Ada yang cemas, ada yang menangis, ada yang berlari, semuanya mempunyai satu misi iaitu menyelamatkan diri. Pastinya kenangan pahit ini masih terpahat di dalam ingatan rakyat Malaysia yang pernah berhadapan dengan situasi yang mendebarkan. Menerusi program dokumentari terbaru Detik Tragik, saksikan kembali paparan eksklusif tragedi dan bencana yang pernah menimpa negara kita dalam tempoh setengah abad di dalam 13 episod nanti, hanya di TV3.

Detik Tragik

Detik Tragik menampilkan gabungan wartawan berpengalaman dan muka baru, mereka ialah Zakiah Anas, Harris Mohd Farok Alex, Nurul Syuhada Nurul Ain Mohd Zin, Mohd Raziff Zulkafli, Siti Hajar Rozli, Nurul Syafikah Abd. Masri dan Syazwan Syuwari Nordin yang bakal membuka semula kisah peristiwa-peristiwa penting, antaranya, letupan kilang mercun Bright Sparklers di Sungai Buloh, Selangor, kebakaran di Terminal 1, Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah, Subang, Ribut Greg di Keningau, Sabah, Tsunami di Pulau Pinang dan Kedah, banjir lumpur di Pos Dipang, Perak, terminal feri runtuh di Butterworth, pesawat terhempas di Tanjung Kupang, Johor serta tanah runtuh di Genting Sempah, Pahang.

0 ulasan:

Catat Ulasan

 
DISCLAIMER: BUZZERA TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP SEBARANG KEROSAKAN YANG DI ALAMI PENGGUNA KERANA MENGGUNAKAN MAKLUMAT DALAM LAMAN WEB INI.

Buzzera - Berita Hiburan Malaysia © 2015. All Rights Reserved. Powered by Blogger
Top