Sinopsis filem Dark Shadows

Dark Shadows diangkat daripada soap opera sekitar 1960-an. Filem mendebarkan dan mencuit hati ini berlatarkan peristiwa pada 1752, yang bermula apabila sepasang suami isteri, Joshua dan Naomi Collins, dengan anak lelaki mereka, Barnabas, belayar dari Liverpool, England untuk memulakan kehidupan baru di Amerika.

Dark Shadows

Walau berpindah jauh dari kampung halaman, ia masih belum dapat melenyapkan sumpahan misteri, malah lebuh teruk apabila anak lelakinya yang sudah dewasa melukakan hati Eva.

Barnabas yang bangkit dari kuburnya pada 1972 kembali ke Collinwood Manor, ke kediaman lamanya, dan menemui saki baki keluarga Collins di rumah agam usang dengan setiap seorang punya kisah gelap.

Bersama semangat, Barnabas cuba menaikkan semula perniagaan keluarga, namun dia terpaksa berdepan Eva yang masih menagih cinta dan pada masa sama mahu menghapuskan setiap insan disayanginya seperti 200 tahun lalu.

Melihat semula karakter dimainkan Depp, dapat digambarkan dia sememangnya bukan calang-calang pelakon kerana penuh dengan penghayatan. Malah setiap bait dialog dalam filem ini, walaupun dalam nada serius, ia penuh kelucuan. Menariknya, setiap watak dan perwatakan ada acuan tersendiri dengan ketua keluarga, Elizabeth (Michelle Pfeiffer) yang tegas; anaknya, Carolyn (Chloe Grace Moretz) suka menyendiri; David (Gulliver McGrath) boleh bercakap dengan roh ibunya, dan beberapa karektor lain yang cukup menambahkan perisa cerita.

Jika plot filem lain barangkali kita sudah mampu boleh mengagak dengan tepat kesudahannya, Dark Shadows agak lari daripada kebiasaan kerana sekali pun pengakhiran yang menggembirakan, masih banyak kejutan wujud di sepanjang menuju detik penamatnya.

Bukan hanya anda akan jatuh cinta kali kedua, ketiga atau ke lapan dengan bintang kacak bernama Johnny Depp ini sebaik menyaksikan Dark Shadows, secara keseluruhan anda pasti tersenyum puas tatkala keluar panggung.


Filem: Dark Shadows
Genre: Klasik, Seram, Komedi
Pengarah: Tim Burton Pelakon: Johnny Depp, Michelle Pfeiffer, Eva Green, Bella Heathcote dan Helena Bonham Carter
Tayangan: Mulai 10 Mei 2012

0 ulasan:

Catat Ulasan

 
DISCLAIMER: BUZZERA TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP SEBARANG KEROSAKAN YANG DI ALAMI PENGGUNA KERANA MENGGUNAKAN MAKLUMAT DALAM LAMAN WEB INI.

Buzzera - Berita Hiburan Malaysia © 2015. All Rights Reserved. Powered by Blogger
Top