Bob Kuman yang telah kembali ke rahmatullah pada jam 4.38 petang 3 Mei 2012 di kediamannya di Seksyen 11, Kota Damansara, Petaling Jaya telah meninggalkan seorang balu iaitu isterinya, Norma Othman, yang baru dinikahi April lalu.

Isteri Bob Kuman

Saya sendiri baru tahu dari blog En. Mazidul tentang pernikahan kali ke-2 arwah dengan seorang wanita dari Mukah, Sarawak. Saya terharu kerana di saat arwah Bob Kuman dilanda pelbagai masalah kesihatan, terdapat seorang wanita yang sudi menjaga dan berada di sisinya.

Bob Kuman meninggal dunia

Bob Kuman atau nama sebenarnya Husni Mohd Rawi meninggal dunia kerana sesak nafas dan disemadikan di kampung halamannya di Negeri Sembilan.

Takziah buat ahli keluarga arwah.. semoga rohnya ditempatkan dikalangan mereka yang beriman. Al-Fatihah.

0 ulasan:

Catat Ulasan

 
DISCLAIMER: BUZZERA TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP SEBARANG KEROSAKAN YANG DI ALAMI PENGGUNA KERANA MENGGUNAKAN MAKLUMAT DALAM LAMAN WEB INI.

Buzzera - Berita Hiburan Malaysia © 2015. All Rights Reserved. Powered by Blogger
Top