Dewi Persik mengatakan dia benar berlakon dengan Mr Bean dan menafikan dakwaan banyak pihak yang menyatakan aktor Rowan Atkinson tidak berlakon bersamanya dalam filem Mr. Bean.

Dewi Persik sedih dengan dakwaan itu turut mencabar pihak yang membuat tuduhan tersebut supaya menampilkan bukti terhadap filem yang kini sedang ditayangkan di pawagam Indonesia.

Dewi Persik

"Ya, saya kecewa, ramai yang tidak percaya dan meragui saya. Pasti mereka menganggap saya bermimpi.

"Biarlah mereka cakap apa yang mereka mahu. Masakan Dewi Persis tidak boleh berlakon bersama Mr. Bean (Atkinson). Kalau masih tidak percaya, sila tonton filem itu," katanya kepada Kapanlagi.com ketika ditemui di Bulatan HI, dekat sini, semalam.

Atkinson menurut penilaian Dewi adalah seorang yang tidak kelakar kerana dia amat serius dan tidak banyak bercakap, malah sedikit gagap.

Katanya, tiada babak yang memerlukan dia bercakap dengan Atkinson dan penggambaran bersama watak Mr. Bean itu hanya berlangsung untuk tempoh dua hari.

"Jalan cerita filem ini mengisahkan tentang saya yang mengidam untuk menjadi Cat Woman kerana sedang hamil, namun saya mati kerana digergaji.

"Oleh itu, Mr. Bean hidup semula setelah Cat Woman melompat ke atas mayatnya lalu terus mengikuti ke mana sahaja Cat Woman pergi," katanya. - AGENSI

0 ulasan:

Catat Ulasan

 
DISCLAIMER: BUZZERA TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP SEBARANG KEROSAKAN YANG DI ALAMI PENGGUNA KERANA MENGGUNAKAN MAKLUMAT DALAM LAMAN WEB INI.

Buzzera - Berita Hiburan Malaysia © 2015. All Rights Reserved. Powered by Blogger
Top