Adi Putra atau nama sebenarnya Mohamed Hadi Putera Halim, 31, dan Zuhaidah Yusof, 37, hadir bersama-sama ke mahkamah dan menyerahkan sendiri notis penarikan balik di kaunter mahkamah mengikut Subseksyen 95(1)) Akta Tatacara Mal Mahkamah Syariah (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1998.
Pasangan itu hadir untuk menghantar notis tersebut kerana mereka disyaratkan berbuat demikian sebelum kes disebut di hadapan Hakim Syarie Mohd Suhaily Rosdi pada prosiding, hari ini.
Sejurus selesai prosedur tersebut, Adi Putra yang berpakaian baju Melayu kuning cair dan Zuhaidah yang berbaju kurung serta bertudung merah jambu kemudian bergegas meninggalkan pekarangan mahkamah Adi Putra yang dihubungi media mengesahkan perkara itu, namun enggan mengulas lebih lanjut berhubung perkara itu.
Ady Putra dan isteri akan mengadakan sidang akhbar bersama media di Hotel Royal Park pada malam ini untuk menjelaskan hal berkaitan.
Adi Putra yang terkenal menerusi filem KL Gangster, Haq serta beberapa drama antaranya Tentang Dhia mencetuskan kontroversi apabila memfailkan permohonan cerai terhadap isterinya sepuluh hari lalu, selepas dua hari pulang dari mengerjakan umrah.
Permohonan dibuat mengikut Seksyen 47 Akta Undang-Undang Keluarga Islam Wilayah-Wilayah Persekutuan 1984 dengan menamakan Zuhaidah sebagai defendan. ~ SH
0 ulasan:
Catat Ulasan