Mereka adalah Muhammad Ramadhan Subky Abdullah,25 dari Kuala Lumpur, Fakhrulrazi Ibrahim, 25 (Pulau Pinang), Omar Mohd Mokhtar, 21 (Pahang), Syed Mohd Faris Syed Roslan, 26 (Perak) dan Mohammad Hafiz Abdul kadir, 27 (Kuala Lumpur).
Diikuti Abdul Jabbar Mohammed Kahar,28 dari Selangor, Megat Mohd Zaid Megat Azmuddin,26 (Perak), Mohammad azri Nami Mohd Kamal, 21 (Johor) dan Abdul Rahman Naufal Mohd Hatta, 21 (Johor).
Imam Muda 3 turut menerima penyertaan darupada negara jiran seperti Thailand, Indonesia, Kemboja , Brunei dan senario ini menunjukan program Imam Muda masih relevan dan semakin mendapat perhatian.
Buktinya seorang peserta dari Indonesia, Muhammad Nasir M Yakub Ismail, 26 telah dipilih untuk menghangatkan lagi pertandingan keagamaan ini.
Imam Muda 3 menyaksikan seramai 927 peserta yang hadir dalam sesi ujibakat. Sekali gus mencatatkan peningkatan sebanyak 32 peratus berbanding musim lalu, selain memperkenalkan ujibakat secara online sebagai cara terbaru menyertainya.
Program Imam Muda 3 akan bersiaran setiap Jumaat, jam 9 malam bermula 1 Jun ini. Juara akan membawa pulang wang tunai sebanyak RM100,000, manakala naib juara akan membawa pulang RM35,000 dan RM15,000 kepada tempat ketiga.
0 ulasan:
Catat Ulasan