Sempena sambutan Hari Ibu pada Ahad ini, majalah Working Mother akan menyenaraikan 10 ibu paling hebat 2012 terdiri daripada golongan usahawan, selebriti dan eksekutif.

Penyanyi Beyonce Knowles dan pelakon sensasi Angelina Jolie merupakan antara selebriti yang menempa nama dalam senarai 'Ibu Paling Hebat 2012'.

Angelina Jolie

Senarai tersebut sebagai memperingati jasa dan pengorbanan golongan ibu dalam membesarkan anak-anak, selain kejayaan mereka dalam kerjaya.

Pelakon komedi, Melissa McCarthy, 41, yang merupakan ibu kepada dua anak perempuan iaitu Vivian, 5, dan Georgette, 2, turut tersenarai.

Jolie, 36, mempunyai enam anak terdiri daripada pelbagai etnik termasuk tiga anak kandung iaitu Maddox, 11, Pax, 8, Zahara, 7, Shiloh, 5, serta anak kembar Knox dan Vivienne, 3 tahun.

Bagi Knowles, 30, tahun ini merupakan sambutan Hari Ibu pertama buatnya selepas melahirkan anak perempuan yang diberi nama Blue Ivy pada 7 Januari lalu.

Ketua Pegawai Operasi, Facebook, Sheryl Sandberg dan penulis buku Hunger Games, Suzzanne Collins turut tidak ketinggalan dimasukkan dalam senarai tersebut. - AGENSI

0 ulasan:

Catat Ulasan

 
DISCLAIMER: BUZZERA TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP SEBARANG KEROSAKAN YANG DI ALAMI PENGGUNA KERANA MENGGUNAKAN MAKLUMAT DALAM LAMAN WEB INI.

Buzzera - Berita Hiburan Malaysia © 2015. All Rights Reserved. Powered by Blogger
Top