Sky Juice bergelar juara Clash of the Bands 2012 sempena Himpunan Jutaan Belia di Putrajaya.

Kumpulan Sky Juice membawa pulang wang tunai RM5,000 beserta sijil.

Dalam pada itu, kumpulan Lagenda muncul naib juara manakala Medvic di tempat ketiga.

Vokalis kumpulan Sky Juice, Mohd Suhaimi Rapaad, 26 berkata, "kami seakan tidak percaya akan menang malam ini, gembira tak terkata dan masih banyak untuk belajar kerana band kami baru berusia 10 bulan."

"Alhamdulillah kami bersyukur dan saingan dari band lain amat hebat dan sampai sekarang kami sukar mempercayai kami menang malam ini," katanya.

Suhaimi berkata, kumpulan mereka berharap untuk menembusi dunia industri tanah air selepas ini dan baru sahaja menghasilkan sebuah single berjudul Berikan Kami Dunia.


Selain Suhaimi, kumpulan itu turut dianggotai Hasmin Hashim, 25, sebagai gitaris, pemain bass Mohd Taufiq Ahmad, 23, dan pemain drum, Mohd Ramzi Md. Yusof, 21.

Timbalan Pengerusi Kelab Belia R4, Sabrina Nadzri berkata, tujuan pertandingan ini ialah untuk menjemput para belia dalam bidang muzik untuk menyertai Hari Belia.

"Ia sudah tujuh tahun dianjurkan di Putrajaya. Setakat ini menerusi pertandingan yang kami anjurkan, kami telah melahirkan beberapa kumpulan muzik popular, contohnya Grey Sky Morning, Ke Langit, Zip Zieller dan Radioflyer.

"Sambutan tahun ini cukup menggalakkan. Sejumlah 50 band menyertai," katanya.

0 ulasan:

Catat Ulasan

 
DISCLAIMER: BUZZERA TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP SEBARANG KEROSAKAN YANG DI ALAMI PENGGUNA KERANA MENGGUNAKAN MAKLUMAT DALAM LAMAN WEB INI.

Buzzera - Berita Hiburan Malaysia © 2015. All Rights Reserved. Powered by Blogger
Top