Pelakon Memey Suhaiza sudah bersedia dan teruja untuk menimang cahaya mata bersama suami, Norman Hakim setelah 7 bulan berkahwin.

Namun keinginan tersebut seperti sukar untuk diteruskan kerana Memey Suhaiza memberitahu sejak berkahwin dia tidak berhenti menerima tawaran berlakon sehingga kini.

Walaubagaimanapun Memey Suhaiza berkata, dia telah dinasihatkan oleh doktor supaya mengurangkan aktiviti seninya dan banyak berehat bersama suami untuk mudah hamil.

"Alhamdulilah, sejak berkahwin rezeki saya murah dan saya tidak berhenti memenuhi tawaran berlakon.

"Oleh itu, sejak berkahwin kami kurang ada masa bersama disebabkan masing-masing sibuk dengan kerja. Saya akui memang tidak cukup rehat.

"Cuma minggu lalu sahaja saya dapat berehat selama dua minggu. Itu pun selama bercuti, saya ikut Norman pula pergi bekerja.

"Justeru, mungkin kerana kesibukan itu, saya sukar untuk hamil kerana menurut doktor, saya perlu banyak berehat dan tenangkan fikiran," katanya.

Memey dan Norman telah diijabkabulkan oleh Imam 1 dan Penolong Pendaftar Nikah Kahwin, Mohamed Zulkipli Tarmizi di kediamaan pelakon wanita tersebut di Felda Tenggaroh Selatan 1, Kota Tinggi pada 24 September lalu.

Bagi memberi laluan kepada persediaan menimang cahaya mata, Memey berkata dia akan memperlahankan aktiviti seninya selepas ini.

Sungguh pun begitu, Memey berkata Norman pernah meluahkan hasrat meminta dia berhenti serta merta daripada berlakon dan menjadi pembantu peribadi sepenuh masa.

"Ketika saya bercuti selama dua minggu, kami banyak menghabiskan masa bersama. Dia (Norman) ada menyatakan hasratnya supaya mahukan saya sentiasa menemaninya dan berhenti daripada berlakon.

"Dia kata lebih baik saya berhenti terus dan meluangkan banyak masa bersamanya.

Memey Suhaiza

"Namun, saya masih pertimbangkan lagi permintaanya kerana saya sudah selesa dan minat dalam bidang ini.

"Mungkin saya tidak berhenti terus tetapi hanya memperlahankan sahaja aktiviti seni saya, bagi meluangkan lebih masa bersamanya," jelasnya lagi.

Dalam perkembangan lain, Memey yang baru sahaja pulang dari Korea untuk penggambaran drama Mizan Cinta kini sedang menjalani penggambaran drama bersiri Udin Glamor untuk RTM. ~mURAI

0 ulasan:

Catat Ulasan

 
DISCLAIMER: BUZZERA TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP SEBARANG KEROSAKAN YANG DI ALAMI PENGGUNA KERANA MENGGUNAKAN MAKLUMAT DALAM LAMAN WEB INI.

Buzzera - Berita Hiburan Malaysia © 2015. All Rights Reserved. Powered by Blogger
Top