Puteri Munji Atirah, anak saudara Sultan Brunei Hassanal Bolkiah, melahirkan hasrat untuk mengikuti kelas lakonan dengan rangkaian televisyen ABS-CBN di Filipina.

Sehubungan itu, Puteri Munji ingin melawat Manila dalam masa terdekat.

Puteri Munji Atirah

Beliau yang memiliki ijazah sarjana muda dalam bidang falsafah itu kini sedang melanjutkan pelajaran peringkat ijazah sarjana dalam bidang komunikasi media di sebuah universiti di sini.

Dibesarkan di bawah jagaan pengasuh warga Filipina, maka tidak hairanlah jika Puteri Munji menanam minat terhadap industri seni di negara terbabit.

April lalu, beliau berpeluang bertemu dengan Ketua Pegawai Eksekutif ABS-CBN, Gabby Lopez di tengah London dan Lopez secara tidak langsung menjemputnya datang ke Manila.

Selebriti Filipina seperti Sam Milby, Jericho Rosales, Anne Curtis dan KC Conception merupakan antara artis kegemarannya.

Dalam satu wawancara eksklusif, Puteri Munji turut menyatakan minatnya untuk menyanyikan lagu-lagu Filipina. - AGENSI

0 ulasan:

Catat Ulasan

 
DISCLAIMER: BUZZERA TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP SEBARANG KEROSAKAN YANG DI ALAMI PENGGUNA KERANA MENGGUNAKAN MAKLUMAT DALAM LAMAN WEB INI.

Buzzera - Berita Hiburan Malaysia © 2015. All Rights Reserved. Powered by Blogger
Top