Sinopsis Cinta Luar Biasa

Cinta Luar Biasa mengisahkan seorang penyanyi terkenal Lina Rahman, mempunyai ramai peminat dan salah seorang peminat setianya, Datuk Sharul Lamin. Mereka mula mesra ketika kereta Lina rosak dan kebetulan Datuk Sharul terserempak lalu menolongnya.

Perhubungan Lina dan Datuk Sharul dapat dihidu oleh wartawan tetapi Lina selalu menafikan kerana bimbang isteri Datuk Sharul mengetahui cerita yang sebenarnya.

Sinopsis Cinta Luar Biasa

Rumah tangga Datuk Sharul mula bergolak dan perkara itu berlaku bukan disebabkan kehadiran Lina sebaliknya, Datin Mona yang mula berubah sikap terhadap suaminya.

Konflik berkembang apabila Lina mula menjalinkan hubungan dengan Romzi Zahid, artis lelaki terkenal setelah mereka sama-sama membintangi sebuah filem. Lina jatuh cinta pada Romzi dan begitu juga sebaliknya.

Apakah yang akan terjadi seterusnya apabila Lina menyedari bahawa Ramzi hanya mahu mempermainkan cintanya?

Drama bersiri 13 episod Cinta Luar Biasa dibintangi oleh Natasha Hudson dan Eizlan Yusof sebagai watak utama di samping Zachery F, Zain Saidin, Rozita Che Wan dan Tia Fatihah menemui penonton mulai 1 Mei 2012, setiap Isnin hingga Khamis, jam 11.30 pagi di TV1.

0 ulasan:

Catat Ulasan

 
DISCLAIMER: BUZZERA TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP SEBARANG KEROSAKAN YANG DI ALAMI PENGGUNA KERANA MENGGUNAKAN MAKLUMAT DALAM LAMAN WEB INI.

Buzzera - Berita Hiburan Malaysia © 2015. All Rights Reserved. Powered by Blogger
Top