Amy Search, Mus May dan Ibnor Riza sertai UMNO

Amy Search bersama vokalis kumpulan May, Mus dan penyanyi Ibnor Riza kini sah menjadi ahli UMNO setelah menyerahkan borang keahlian mereka kepada Setiausaha Kerja UMNO, Datuk Ab. Rauf Yusoh di ibu pejabat parti itu hari ini.

Gambar Amy Search

Amy atau nama sebenarnya Suhaimi Abdul Rahman, 54, berkata, sudah sampai masanya untuk beliau menyatakan pendirian demi melakukan sesuatu yang terbaik untuk perpaduan bangsa.

Katanya, langkah untuk menyertai UMNO sememangnya sudah lama difikirkan demi kelangsungan bangsa. - UTUSAN

0 ulasan:

Catat Ulasan

 
DISCLAIMER: BUZZERA TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP SEBARANG KEROSAKAN YANG DI ALAMI PENGGUNA KERANA MENGGUNAKAN MAKLUMAT DALAM LAMAN WEB INI.

Buzzera - Berita Hiburan Malaysia © 2015. All Rights Reserved. Powered by Blogger
Top