Kisah cinta Hemingway, Gellhorn
Pasti tidak ramai antara kita yang mengetahui kisah cinta tokoh sastera, Ernest Hemingway dengan Martha Gellhorn. Ia sebuah kisah romantik yang penuh keghairahan, pasti meruntun jiwa.

Kisah berkenaan dapat disaksikan penonton HBO pada 4 Jun ini, apabila telefilem Heming ­way & Gellhorn ditayangkan secara perdana di Asia, selepas beberapa hari ia menemui penonton Amerika Syarikat.

Telefilem ini dibintangi dua pelakon hebat, Clive Owen dan Nicole Kidman. Ia turut membariskan David Strathairn, Rodrigo Santoro, Molly Parker, Parker Posey, Santiago Cabrera, Lars Ulrich, Saverio Guerra, Peter Coyote, Joan Chen dan Tony Shalhoub.

Diarah Philip Kaufman, telefilem ini menceritakan kisah romantis terhebat abad lalu, antara Hemingway bersama seorang wartawan perang, Martha Gellhorn. Sepanjang pengembaraan dua penulis ini melalui Perang Saudara Sepanyol.

Tarikan antara Hemingway dan Gellhorn membawa mereka ke dalam rangkaian so sial yang turut membabitkan golongan elit Hollywood, kelompok bangsawan dunia sastera dan kalangan pemerintah Amerika Syarikat.

Sebagai saksi sejarah, kedua-duanya membuat liputan terhadap semua konflik besar yang berlaku pada zaman mereka, namun perang yang gagal dihadapi kedua-duanya adalah konflik dalam diri mereka sendiri.

Bagi eksekutifnya, Peter Kaufman, filem ini adalah mengenai kisah cinta yang bergelora antara novelis terkenal di dunia dan seorang koresponden perang terhebat pada abad lalu.

"Ia mengenai peperangan kejantinaan, pertempuran raksasa dalaman masing-masing dan perjuangan untuk kebebasan individu terhadap kebangkitan fasisme (diktator) di seluruh dunia pada masa itu," kata penerbit itu.

Pengarahnya pula memberitahu, Hemingway seorang legenda, namun hanya segelintir yang mengetahui perihal Gellhorn dan kerjayanya yang memuncak selepas perkahwinan mereka.

Bagi Kidman, wanita seperti Gellhorn ialah pencetus dalam melakukan perkara yang luar biasa dan mengubah jenis profesion yang boleh memajukan mereka, serta mampu mengubah seluruh dunia.

"Saya rasa saya akan sentiasa mencari watak wanita sedemikian untuk dilakonkan, jika diberi peluang," kata bintang dari Australia ini.

0 ulasan:

Catat Ulasan

 
DISCLAIMER: BUZZERA TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP SEBARANG KEROSAKAN YANG DI ALAMI PENGGUNA KERANA MENGGUNAKAN MAKLUMAT DALAM LAMAN WEB INI.

Buzzera - Berita Hiburan Malaysia © 2015. All Rights Reserved. Powered by Blogger
Top