Hubungan cinta pasangan selebriti Bollywood ini bukan lagi rahsia. Umum mengetahui cinta antara aktres terkenal Kareena Kapoor dan aktor Saif Ali Khan (gambar).

Berita perkahwinan mereka mendapat perhatian meluas di Internet sejak akhir-akhir ini, tetapi kedua-dua mereka sama ada Saif, mahupun Kareena, lebih selesa untuk mendiamkan diri.

Kareena Kapoor- Saif Ali Khan

Namun, ibu Saif, Sharmila Tagore baru-baru ini mengumumkan kepada Bollywood Mantra, anaknya bakal mengakhiri zaman duda pada musim panas ini.

Sharmila juga mengakui anaknya beruntung dipertemukan dengan Kareena kerana dia bukan sahaja pasangan yang sesuai buat Saif tetapi juga mereka saling melengkapi.

Menurutnya, tarikh perakhwinan mereka belum diputuskan kerana Kareena kini sibuk menjalani penggambaran untuk filem Heroine.

Sebelum ini, Saif pernah mendirikan rumah tangga dengan pelakon, Amrita Singh dari 1991 hingga 2004 dan memiliki dua cahaya mata. - AGENSI

0 ulasan:

Catat Ulasan

 
DISCLAIMER: BUZZERA TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP SEBARANG KEROSAKAN YANG DI ALAMI PENGGUNA KERANA MENGGUNAKAN MAKLUMAT DALAM LAMAN WEB INI.

Buzzera - Berita Hiburan Malaysia © 2015. All Rights Reserved. Powered by Blogger
Top