Pelakon Farah Nazirah,22 yang berlakon watak Iman dalam filem Horee! Horee! mahu terus menyambung pengajiannya dalam jurusan Diploma Rekaan Grafik Unisel, Shah Alam.

Dia lebih selesa menghabiskan pengajiannya dan menubuhkan syarikatnya sendiri sebaik saja menamatkan pengajiannya tahun depan.

Pelakon Nurfarah Nazirah

"Saya masih lagi menuntut dan mahu menghabiskan pengajian saya. Pembabitan saya di dalam filem Hoore! Hoore! adalah pengalaman yang cukup menyeronokan tapi saya tidak rasa akan terus aktif sebagai pelakon.

"Mungkin saya tidak bersedia sepenuhnya untuk terjun dalam bidang ini kerana saya bukannya mahu mencari glamor semata-mata tetapi hanya mencuba nasib. Tak sangka pula cubaan saya ini menjadi," kata Nurfarah yang ditemui selepas majlis tayangan perdana Hoore! Hoore! baru-baru ini.

Dalam filem berkenaan, Nurfarah memegang watak sebagai Iman iaitu gadis montel yang ingin keluar dari kepompong ketakutan dengan menceburi pertandingan Ratu Idola bersama-sama Rita lakonan Kilafairy.

Hoore! Hoore! yang akan berada di panggung seluruh negara mulai esok, turut dibintangi pelakon hebat seperti Akim, Adibah Noor, Harun Salim Bachik, Fauziah Nawi, Aznil Hj Nawawi san Sahronizam Noor.

Namun menurut Nurfarah, keinginannya itu mungkin akan berubah jikasuatu hari mendapat persetujuan daripada kedua ibu-bapanya untuk dia terus berkecimpung dalam bidang lakonan.

Bercerita mengenai reaksinya selepas pertama kali menonton filem terbita Astro Shaw dan Real Films berkenaan, Nurfarah berkata dia ternyata sangat teruja dan berharap lakonannya itu akan dapat memberi inspirasi kepada sesiapa saja yang menontonnya.

"Saya mengharapkan, perubahan yang berlaku kepada watak Iman di dalam filem ini akan dapat memberi inspirasi kepada sesiapa saja terutama kepada individu yang kurang yakin untuk keluar dari kepompong hidup mereka.

"Secara jujur, saya dapat merasai perubahan itu. Dari hari pertama saya bersama produksi filem ini sehingga sekarang apabila menyaksikansendiri filem lakonan saya. Ianya cukup memberi inspirasi," katanya yang susut berat badan sebanyak 10 kilogram.

Kata Nurfarah, selepas membintangi filem berkenaan, berat badannya yang dulu mencecah 63 kilogram kini sudah menyusut hampir 52 kilogram. Bagaimanapun dia masih mencuba untuk mencapai tahap berat badan 45 kilogram dalam masa terdekat.

0 ulasan:

Catat Ulasan

 
DISCLAIMER: BUZZERA TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP SEBARANG KEROSAKAN YANG DI ALAMI PENGGUNA KERANA MENGGUNAKAN MAKLUMAT DALAM LAMAN WEB INI.

Buzzera - Berita Hiburan Malaysia © 2015. All Rights Reserved. Powered by Blogger
Top