Slot Fuyoo Cuti Sekolah yang akan ke udara setiap Isnin hingga Rabu, jam 2.05 petang menerusi TV1 akan menampilkan enam filem animasi hebat bermula filem Meet The Robinsons (28 Mei ini), Treasure Planet (29 Mei), Flushed Away (30 Mei) , Over The Hedge (4 Jun), Way of The Panda (5 Jun) dan The Wild (6 Jun).

Filem Meet The Robinsons memaparkan kisah kanak-kanak lelaki bercita-cita tinggi mahu mencari keluarganya yang sebenar. Dalam pencarian itu, dia bertemu dengan lelaki misteri dikenali sebagai Wilbur Robison yang membawanya menaiki kenderaan menuju ke 'masa depan'.

Menyusul filem Treasure Planet, berkongsi detik pengembaraan seorang remaja bernama Jim Hawkins dalam pelayaran kapal yang membawa dia ke Treasure Planet.


Flushed Away pula mengangkat watak Roddy, seekor tikus peliharaan yang hidup di daerah kaya, Kensington. Dia bangga menyebut dirinya sebagai seekor tikus yang berdarjat tinggi. Kedatangan seekor tikus jalanan membuat kehidupannya terganggu sehingga membuatkan dia tercampak di kawasan pembuangan air. Roddy cuba untuk kembali ke rumah tuannya tetapi pelbagai rintangan perlu dihadapi.

Saksikan juga kelucuan telatah seekor rakun, RJ dalam filem Over The Hedge yang cuba mencuri makanan milik seekor beruang dipanggil Vincent. Namun Vincent dapat memerangkap RJ. Dalam ketakutan RJ merayu supaya dilepaskan dan berjanji akan menggantikan semula makanan milik Vincent. Jika gagal, RJ akan menjadi makanan kepada Vincent. Filem Way of The Panda juga tidak kurang hebatnya yang menyaksikan plot menarik kisah seekor panda comel yang sangat gemar berkung fu.

The Wild mengisahkan mengenai Ryan, seekor singa dan Samson, seekor zirafah yang berasal dari Zoo di New York. Dua ekor haiwan ini terperangkap di bumi Afrika. Ryan gembira kerana dapat mengalami kehidupan liar yang sebenar. Namun kegembiraannya tidak berpanjangan apabila Ryan terpaksa berdepan dengan keganasan kehidupan liar dan bencana alam yang menyebabkan dia mahu segera kembali ke New York.

0 ulasan:

Catat Ulasan

 
DISCLAIMER: BUZZERA TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP SEBARANG KEROSAKAN YANG DI ALAMI PENGGUNA KERANA MENGGUNAKAN MAKLUMAT DALAM LAMAN WEB INI.

Buzzera - Berita Hiburan Malaysia © 2015. All Rights Reserved. Powered by Blogger
Top