Raja Mohamad Syazni Raja Mohamad Rashid, 24, atau Bubu, tiba-tiba menjadi topik hangat di kalangan media Indonesia berikutan hubungan cintanya dengan penyanyi terkenal negara itu, Syahrini atau nama sebenarnya Fatimah Syahrini Zailani, 29.

Namun menurut Syazni, dia tidak pernah mengaku cucu sultan.

“Saya tak pernah mengaku saya cucu sultan. Saya cuma beritahu mereka, saya adalah kerabat diraja.”

Bubu kekasih Syahrini

Syazni yang mesra disapa dengan nama Bubu oleh kekasihnya mendakwa, media negara terbabit memutar belitkan kenyataannya ketika dia bersama Syahrini mengadakan sidang akhbar di sebuah hotel di Jakarta pada 13 Mei lalu.

Metro Ahad minggu lalu menyiarkan kenyataan bapa Syazni, Raja Mohamad Rashid Raja Salehuddin yang merestui hubungan anak keempat daripada lima beradik itu dengan Syahrini, selain turut mengesahkan mereka berketurunan kerabat diraja.

Syazni turut ditemani ibunya, Shamim Khanam, 50, dan serta dua kakaknya iaitu Raja Nor Shakerah, 27, dan Raja Nor Zafirah, 26.

0 ulasan:

Catat Ulasan

 
DISCLAIMER: BUZZERA TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP SEBARANG KEROSAKAN YANG DI ALAMI PENGGUNA KERANA MENGGUNAKAN MAKLUMAT DALAM LAMAN WEB INI.

Buzzera - Berita Hiburan Malaysia © 2015. All Rights Reserved. Powered by Blogger
Top