Pernikahan Awal Ashaari - Scha Al-Yahya

Selepas tiga tahun menyemai cinta, pasangan artis Awal Ashaari dan Scha Al-Yahya akhirnya disatukan sebagai suami isteri. Majlis akad nikah kedua-dua mempelai disempurnakan di Hotel Pullman Lakeside, Putrajaya kira-kira pukul 9.15 malam, Jumaat (4 Mei 2012).

Pasangan selebriti ini dinikahkan sendiri oleh bapa pengantin perempuan dengan mas kahwin berjumlah RM2,050.

Selain mas kahwin, Scha turut menerima wang hantaran yang dirahsiakan jumlahnya berserta tujuh dulang hantaran yang terdiri daripada set barangan Lazard Diamonds, sirih junjung dan bunga rampai, senaskah Al-Quran, sepasang persalinan, sepasang kasut Christian Louboution dan beg tangan Dior, kurma dan kek.

gambar nikah Awal Ashaari - Scha Al-Yahya

Manakala Awal menerima sembilan dulang hantaran yang terdiri daripada sirih junjung dan bunga rampai, senaskah Al-Quran, sebuah Mac Book, dompet Bottega Veneta, sepasang kasut Hermes, seutas jam tangan Cartier, sepasang baju Melayu, coklat dan kek.

Sebelum dinikahkan, pasangan ini diberikan khutbah nikah oleh Pegawai Agama, Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI), Putrajaya, Ustaz Mohd. Salman bin Idris.

Dalam majlis yang hanya dihadiri oleh saudara-mara dan kenalan rapat ini, Scha dan Awal mengenakan sepasang persalinan berona putih rekaan Saiful Baharim.

0 ulasan:

Catat Ulasan

 
DISCLAIMER: BUZZERA TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP SEBARANG KEROSAKAN YANG DI ALAMI PENGGUNA KERANA MENGGUNAKAN MAKLUMAT DALAM LAMAN WEB INI.

Buzzera - Berita Hiburan Malaysia © 2015. All Rights Reserved. Powered by Blogger
Top