Angelina Jolie nampaknya sanggup berbuat apa saja demi tunangnya, Brad Pitt.

Menurut laporan Digital Spy, Angelina Jolie Jolie sanggup menghabiskan wang sebanyak RM4.8 juta untuk Brad dengan membeli sebuah helikopter.

Menurut sumber, Jolie ingin Brad belajar mengendalikan helikopter yang dibeli itu supaya mereka dan anak-anak dapat menikmati panorama dari udara.

"Rumah mereka di Perancis memiliki landasan helikopter, jadi tidak ada salahnya jika Jolie menghadiahkannya kepada Brad.

"Tambahan pula Jolie mahu Brad membawanya dan anak-anak bersiar-siar di udara," kata sumber itu.

Walaupun Brad sudah pun memiliki lesen mengendalikan helikopter berkenaan, dia perlu menjalani beberapa latihan sebelum dibenarkan menggunakan pesawat tersebut.

Pasangan selebriti itu bakal berkahwin pada musim bunga ini yang dijadualkan akan berlangsung di kampung halaman Brad, iaitu di Springfield, Missouri, Amerika Syarikat.

Pada majlis perkahwinan mereka nanti, Brad dan Jolie mahu elemen budaya tempat kelahiran anak-anak mereka diterapkan dalam acara tersebut seperti Kemboja (tempat lahir Maddox), Vietnam (Pax), Ethiopia (Zahara), Namibia (Shiloh) dan Perancis (Vivienne dan Knox). ~ Mstar

0 ulasan:

Catat Ulasan

 
DISCLAIMER: BUZZERA TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP SEBARANG KEROSAKAN YANG DI ALAMI PENGGUNA KERANA MENGGUNAKAN MAKLUMAT DALAM LAMAN WEB INI.

Buzzera - Berita Hiburan Malaysia © 2015. All Rights Reserved. Powered by Blogger
Top