Program 360 Diiktiraf Yayasan AIDS Malaysia

Program 360 telah mendapat pengiktirafan apabila dinobatkan sebagai pemenang kategori 'Pencapaian Terbaik Dalam Media Penyiaran' di Anugerah Media Yayasan AIDS Malaysia yang berlangsung pada 12 Mei 2012 di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya.

Kejayaan 360 ini menewaskan calon-calon lain seperti 'AIDS 2010: Ending Ignorance' oleh Astro Awani dan 'Malaysian Mosque Offers Methadone Treatment to IV Drug Users' oleh Al-Jazeera.

'360: Jangan Pisahkan Kami' telah merungkai kisah di sebalik Rumah Solehah di Bandar Tun Razak, Cheras dan penghuninya. Semangat Fadzilah Abd. Hamid, Pegawai Sumber Manusia & Latihan Rumah Solehah, Fathiiah Hamzah, Koordinator Program Rumah Solehah dan Che Salmah Mohamed, Penjaga Rumah Solehah tidak pernah luntur atau jemu untuk terus mendidik penghuni di sana yang terdiri daripada wanita dan kanak-kanak.

360 yang berjaya merangkul hadiah wang tunai sebanyak RM5,000 itu juga memaparkan kisah perkahwinan pasangan suami isteri yang hidup dengan HIV/AIDS yang menyimpan harapan untuk memperolehi zuriat yang tidak mempunyai sindrom HIV atau AIDS.

360 musim baru 2011, memaparkan isu-isu semasa dan terkini yang menjadi topik bualan hangat di negara ini. Tanpa menyentuh isu jenayah, 360 bekerjasama dengan institusi-institusi kerajaan dan pihak berwajib serta umum dalam paparannya.

0 ulasan:

Catat Ulasan

 
DISCLAIMER: BUZZERA TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP SEBARANG KEROSAKAN YANG DI ALAMI PENGGUNA KERANA MENGGUNAKAN MAKLUMAT DALAM LAMAN WEB INI.

Buzzera - Berita Hiburan Malaysia © 2015. All Rights Reserved. Powered by Blogger
Top